1 Oct 2026

MOSTI, MRANTI & MTDC Tinjau Potensi Bateriku

medium_261001-bateriku-mosti melawat bateriku 01.webp

Bateriku berpotensi mainkan peranan lebih luas dalam ekosistem teknologi automotif Malaysia sedang mereka perluaskan kepakaran merentasi perkhidmatan bateri dan bantuan tepi jalan. Ia dibincangkan sewaktu lawatan hormat ke ibu pejabat Bateriku daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Technology Developement Corporation (MTDC), dan Malaysia Research Accelarator for Technology and Innovation (MRANTI)

Antara perkara yang dibincangkan adalah potentsi dalam bidang kenderaan elektrik (EV), inovasi bateri, pendigitalan, kelestarian, dan pengkomersialan. Dalam masa yang sama delegasi turut menelaah kepakaran sedia ada Bateriku dalam memangkin visi Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 07.webp

Bateriku wujudkan platform industri

Sejak ditubuhkan, Bateriku telah berevolusi daripada penyedia perkhidmatan dengan fokus bateri kepada ekosistem automotif yang lebih luas merangkumi bantuan tepi jalan, bengkel, rangkaian juruteknik, perkhidmatan pick-and-drop, pengurusan kenderaan digital, dan kitar semula bateri. Rangkaian perkhidmatan mereka kini menghampiri 270 outlet (Pitstop) yang ditunjangi ribuan juruteknik terlatih, pekerja gig, rakan automotif, dan rakan niaga.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 04.webp

Ekositem digital Bateriku melangkaui kedai fizikal. Mereka memiliki lebih daripada 40 rakan strategik merentasi industri telekomunikasi, platform gig, perkhidmatan kewangan, fintek, dan pengajian tinggi menerusi integrasi API dan sistem rakan digital. Antara nama-nama besar yang bersinergi dengan Bateriku adalah seperti Setel, Touch ‘Go eWallet, Carsome, Maybank, Grab, Foodpanda, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, FlexiParking, dan banyak lagi.

BHero ialah program gig automotif oleh Bateriku yang tawar kerja fleksibel, komisen telus dan potensi pendapatan bulanan mencecah RM3,000 di Malaysia.

Kerjasama merentasi indsutri memberikan kelebihan pada Bateriku daripada segi mewujudkan pelbagai saluran jualan kepada pengguna dan perniagaan. Dimungkinkan dengan rangkaian fizikal yang komprehensif serta tenaga kerja yang terlatih, ia boleh jadi platform untuk menerokai teknologi baharu dalam bidang automotif dan mobiliti.

Bateri EV dikenal pasti ada potensi besar

Setakat ogos 2026, sebanyak 61,265 EV telah didaftarkan menurut pengkalan data JPJ. Untuk rujukan, tahun 2025 secara keseluruhan, sebanyak 57,236 telah didaftarkan. Dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi, kenderaan ini perlu diselenggara dan sementara menunggu waktu itu tiba, adalah baik untuk Bateriku mula mempersiap diri dengan tenaga kerja mahir berkaitan EV.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 02.webp

Perbincangan tentang potensi EV turut diketengahkan. Antara subjek yang disentuh adalah kitar hayat bateri EV yang memerlukan kepakaran khusus dan R&D merangkumi pembangunan, ujian, servis, kitar semula, dan pelupusan. Potensi untuk guna semula juga diberikan perhatian.

Peluang dalam ekonomi kitaran bateri EV

Guna semula bateri EV adalah amalan memanfaatkan bateri yang tak lagi sesuai diguna dalam EV untuk tujuan lain, contohnya sebagai medium penyimpanan tenaga secara umum, contohnya untuk kegunaan kediaman. Ia mewujudkan satu lagi segmen cara guna bateri sebelum ia betul-betul perlu dilupuskan.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 05.webp

Makmal Hijau dan Briged Hijau adalah dua pasukan yang secara langsung terlibat dalam R&D dan kitar semula bateri. Ia boleh jadi titik pemula kepada pembangunan kelestarian ekosistem EV di Malaysia daripada segi pengendalian bateri dalam kuantiti yang besar. Bateriku juga telah disahkan SVOLT sebagai pihak yang mempunyai kemahiran yang cukup untuk lakukan penyelenggaraan bateri hasilan mereka.

Makmal Hijau tests and verifies Astra batteries, ensuring safety, reliability, and long-term performance for all vehicles in Malaysia.

260126-astraman-briged hijau initiative 2.webp

Pembangunan kepakaran pada semua kitar hayat bateri mampu beri impak positif kepada ekonoi dan alam sekitar, dalam masa yang sama selari dengan visi MOSTI terhadap sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi (STIE) dalam menjunjung aspirasi pembangunan lestari.

Tiga agensi main peranan masing-masing

Potensi kerjasama yang dibincangkan, cerminan saling lengkap antara MOSTI, MTDC, dan MRANTI. MOSTI bertanggungjawab ke atas arah tuju sains, teknologi, inovasi dan ekonomi. MTDC pula memberi fokus memberi sokongan kepada syarikat teknologi Malaysia sebagai rakan pelaburan dan pengkomersialan sementara MRANTI menghubungkan inovasi dengan penyelidik, pemain industri, peluang pelaburan, dan pemasaran.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 03.webp

Perbincangan turut menekankan kepentingan mewujudkan keupayaan teknologi tempatan berbanding bergantung harap kepada teknologi luar khususnya dalam usaha Malaysia membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang EV, bateri, dan automotif.

Dari Malaysia ke ASEAN

Bateriku sudahpun menembusi pasaran luar, bermula dengan Indonesia. Cita-cita untuk pergi lebih jauh dalam rantai ASEAN terus tersemat untuk menyebarluaskan produk buatan Malaysia ke pentas antarabangsa.

261001-bateriku-mosti melawat bateriku 06.webp

Dengan rangkaian outlet pantas menghampiri 300 di seluruh negara, disokong pula dengan ribuan juruteknik terlatih, disamping puluhan rakan digital dan ekosistem, Bateriku sudahpun merintis denai menuju destinasi.

Buat Bateriku, perbincangan bersama MOSTI, MTDC, dan MRANTI mencetus harapan dalam merencana arah tuju evolusi ekosistem automotif yang seterusnya.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read