Makmal Hijau adalah salah satu komponen utama dalam ekosistem Bateriku. Ia dilancarkan pada 7 Ogos 2025 dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kualiti dan menjalankan ujian terhadap bateri automotif yang dipasarkan Bateriku.
Walaupun, pengoperasian Makmal Hijau mungkin tak kelihatan pada mata kasar, mereka sebenarnya adalah tulang belakang kepada Astra. Mereka ialah wira yang tak didendang. Kerja keras mereka memastikan bateri yang tiba ke tangan pengguna adalah bateri yang memenuhi spesifikasi teknikal kereta mereka dan juga selamat.

Bateri Astra Lalui Ujian Ketat Makmal Hijau
Makmal Hijau jalankan pelbagai ujian bagi memastikan bateri Astra beroperasi dalam keadaan yang optimum. Khusus untuk bateri plumbum asid, ujian yang diguna pakai adalah berdasarkan piawaian IEC 60095-1. Antara yang diuji adalah kapasiti, cold cranking ampere (CCA), kakisan, dan gegaran.
Ujian Kapasiti
Ujian kapasiti dijalankan bertujuan untuk memastikan kapasiti bateri yang diiklankan melambangkan kapasiti bateri yang sebenar. Untuk itu, bateri dicas penuh selama 16 jam, direhatkan selama 24 jam, dan mula dinyahcas menggunakan alat khas yang merekodkan berapa banyak arus yang keluar.
Ujian Cold Cranking Ampere (CCA)
Kalau anda lihat pada bateri ada maklumat cold cranking ampere (CCA), itu adalah keupayaan bateri untuk keluarkan arus pada paras tertentu untuk gerakkan komponen pemula enjin. Mengikut metodologi ujian, bateri perlulah berada dalam suhu -18**°** C apabila ujian CCA dijalankan. Jadi, bateri akan disimpan di dalam peti sejuk khas semalaman.

Ujian Kakisan
Ujian kakisan yang paling panjang tempoh ujiannya. Bateri direndam di dalam kolam air suam bersuhu 60**°** C selama 13 hari untuk percepatkan proses kimia yang berlaku dalam bateri yang biasanya ambil masa berbulan-bulan ataupun bertahun. Kemudian, output voltan diuji. ia dilakukan untuk menguji integriti plat plumbum di dalam bateri.
Ujian Gegaran
Selain kakisan, ujian gegaran juga dijalankan Makmal Hijau untuk mensimulasikan keadaan ekstrim dalam ruang enjin kenderaan. Bateri diletakkan di atas platform mesin yang bersambung dengan motor yang hasilkan gegaran. Bateri akan digegarkan dalam satu tempoh tertentu sebelum voltan output diukur. Bacaan voltan yang luar daripada spesifikasi bermakna plat plumbum di dalam bateri telah terjejas, contohnya patah akibat gegaran tadi.
Ujian Komprehensif Ambil Masa yang Panjang
Itu adalah beberapa ujian daripada banyak lagi yang dijalankan mereka di Makmal Hijau ke atas bateri-bateri Astra. Satu set ujian yang lengkap ke atas satu bateri mengambil tempoh masa yang lama, sehingga lebih daripada dua minggu. Itu hanya untuk satu pusingan dan lebih daripada satu pusingan dilakukan sebagai ulangan.
Itu adalah antara cabaran yang dihadapi mereka di Makmal Hijau.

Makmal Hijau Perkasa Perkhidmatan Jaminan Seluruh Malaysia Bateri Astra
Tugas Makmal Hijau tak terhad kepada bateri baharu. Jaminan bateri seluruh Malaysia adalah satu penawaran mengagumkan daripada Bateriku untuk produk Astra mereka. Ringkasnya, pengguna yang ada masalah dengan bateri Astra boleh singgah ke mana-mana Pitstop Bateriku untuk lakukan pemeriksaan dan lakukan tuntutan jaminan.
Sekiranya bateri tersebut didapati bermasalah, pengguna akan beroleh bateri gantian dan bateri bermasalah akan diuji oleh Makmal Hijau untuk mencari masalah dan maklumat tersebut disalurkan kepada fasiliti pengeluaran bateri untuk tujuan penambahbaikkan.
Perancangan Masa Depan Makmal Hijau
Tak nak terhad kepada menguji produk sendiri, Makmal Hijau ada tetapkan visi yang lebih jauh. Mereka sedang persiapkan diri untuk bolehkan pihak luar memanfaatkan ujian yang mereka jalankan, ke atas produk sendiri. Makmal Hijau juga adalah hab R&D Bateriku dan mereka ini dalam misi mencari alternatif bateri automotif baharu yang lebih murah dan mesra alam.
Makmal Hijau Siap Sedia untuk Pensijilan ISO/IEC 17025
Makmal Hijau kini dalam proses mendapatkan ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia. Pensijilan antarabangsa ini memastikan kebolehpercayaan makmal ini untuk menyediakan perkhidmatan pengujian dan kalibrasi melalui data-data yang tepat dan jitu.
Buat mereka di sana, ISO/IEC 17025 adalah “passport” ke atas data-data ujian mereka yang diperakukan di seluruh dunia. Ia membolehkan kerjasama merentasi sempadan dijalinkan.

Menerokai solusi tenaga hijau untuk masa depan yang lestari
Melangkaui kepakaran mereka dalam segmen teknologi bateri berasaskan plumbum, pasukan penyelidik di Makmal Hijau juga aktif mengenal pasti solusi tenaga hijau sebagai alternatif kepada bateri automotif konvensional. Ia salah satu inisiatif mereka menyokong peralihan global ke arah pengangkutan lestari.
Dua calon yang sedang mereka kaji secara mendalam adalah bateri berasaskan lithium dan sodium. Dua bateri yang gunakan komposisi kimia berbeza ini masing-masing ada kelebihan berbanding bateri plumbum untuk pelbagai aplikasi dan segmen pasaran.
Makmal juga sedang mengatur strategi untuk mewujudkan kemudahan yang mampu menguji secara komprehensif kenderaan elektrik (EV) khususnya komponen baterinya. Sekiranya berjaya, Bateriku bakal memacu pertumbuhan transformasi industri pengangkutan elektrik.
Makmal Hijau Wira Disebalik Tabir Bateriku
Pensijilan SIRIM ke atas semua 28 SKU bateri Astra membuktikan komitmen Bateriku dalam penawaran bateri automotif yang selamat dan berkualiti tinggi kepada pengguna.
Seperti yang dinyatakan tadi, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga dan dalam masa yang sama mengekalkan penanda aras yang tinggi untuk kualiti dan keselamatan, Makmal Hijau ditubuhkan.
Dalam ekosistem Bateriku, Makmal Hijau boleh boleh pengguna lihat sebagai pegawai kawalan kualiti yang hanya pastikan produk yang betul-betul berkaliber boleh ditawarkan kepada pengguna.
Apabila makmal itu mendapat pengesahan ISO/IEC 17025, pengguna boleh berasa yakin ujian yang mereka jalankan, boleh dipercayai. Ia seperti restoran kegemaran anda yang dianugerahkan sijil Halal.
Jadi, untuk pertukaran bateri kereta anda yang seterusnya, dapatkan daripada Bateriku.

