27 Apr 2026

Bateriku x SVOLT perkukuh servis selepas pembelian EV Malaysia

medium_260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 03.webp

Landskap EV Malaysia bertumbuh pesat. Namun, dalam banyak-banyak bahagian, ada bahagian yang kadar pertumbuhannya tak pesat seperti sepatutnya iaitu bahagian sokongan servis selepas pembelian. Oleh sebab itu, satu kerjasama strategik telah diwujudkan antara Bateriku dengan SVOLT Energy Technology Co. Ltd. daripada China untuk menangani isu tersebut.

Hasilnya, pada masa akan datang, kerjasama ini bakal jadikan pengalaman memiliki EV jadi lebih praktikal seiring dengan matangnya industri EV Malaysia secara keseluruhannya.

260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 06.webp

EV di Malaysia Tak Boleh Lagi Fokus Pada Penjualan

Ramai yang katakan pasaran EV Malaysia meletup sekitar 2022 apabila model seperti BYD Atto 3 ditawarkan pada harga bawah RM200,000 untuk lebih ramai pengguna menikmati manfaat kenderaan elektrik.

Sejak itu, penjualan EV mencanak naik, dirancakkan dengan ketaktentuan harga minyak global. Setakat 2025, 113,585 kenderaan elektrik telah didaftarkan menurut data kerajaan Malaysia. Lebih menarik, pada setiap tahun juga kadar pendaftaran tahunan adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Ia menunjukkan momentum penembusan EV dalam kalangan pengguna Malaysia yang semakin mendalam dan pantas.

260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 05.webp

Daripada situasi tersebut, boleh dirumuskan yang bahagian penjualan tidak menghadapi masalah untuk menarik pembeli. Oleh sebab itu, fokus dan sumber perlu ditala semula dan talaan harus diberikan kepada pengalaman selepas pembelian. Antara yang bakal diperlukan adalah seperti penukaran bateri serta bantuan tepi jalan yang khusus untuk kenderaan elektrik dek cara kendalinya yang berbeza.

Di sinilah kerjasama Bateriku dan SVOLT diposisikan dalam formula landskap EV Malaysia iaittu untuk berikan sokongan kepada kenderaan generasi baharu yang memerlukan kepakaran khusus.

Tiga Teras Utama Kerjasama Bateriku-SVOLT

Majlis pemeteraian kerjasama telah disempurnakan oleh Yingtao Hao, Pengarah SVOLT Energy Technology Co. Ltd., bersama Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku. Majlis telah berlangsung di salah satu kemudahanSVOLT dekat daerah Jintan, bandar Changzhou dalam wilayah Jiangsu, China.

Kerjasama Bateriku-SVOLT akan memfokuskan pada tiga perkara utama iaitu:

  • Diagnostik bateri EV. Penggunaan peralatan canggih dan latihan kepakaran untuk menilai kesihatan bateri EV dan pengesanan isu lebih awal.
  • Sokongan teknikal bantuan tepi jalan. Perluas penawaran perkhidmatan bantuan tepi jalan Bateriku untuk merangkumi kenderaan elektrik.
  • Pengetahuan teknikal pertukaran bateri. Pengetahuan teknikal yang mendalam tentang cara mengendalikan komponen paling kritikal EV.

Teknologi SVOLT di Malaysia

Untuk maklumat anda, SVOLT adalah pengeluar bateri EV ketujuh terbesar di China.

260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 01.webp

SVOLT dilapor membekalkan bateri kepada SUV elektrik pertama Geely iaitu Geely Galaxy E5 dan untuk pasaran Malaysia, model yang sama dijual di sini dengan nama Proton e.Mas 7. Bukan itu sahaja, disebabkan SVOLT adalah subsidiari kepada Great Wall Motor (GWM), EV dalam siri Ora seperti Ora Good Cat dan Ora 07 turut menggunakan produk SVOLT.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Azarol Faizi berkata:

“Kerjasama ini bukan sekadar memperluaskan keupayaan Bateriku dalam segmen EV, tetapi lebih penting, ia membolehkan kami membawa keyakinan kepada pemilik kenderaan elektrik di Malaysia—bahawa sokongan selepas jualan yang cekap, pantas dan boleh dipercayai sentiasa tersedia untuk mereka.”

260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 04.webp

Sementara itu, Yingtao Hao, Pengarah SVOLT Energy Technology Co. Ltd., turut menambah:

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen SVOLT untuk menyokong pembangunan ekosistem EV di pasaran antarabangsa seperti Malaysia. Dengan menggabungkan teknologi bateri kami bersama kekuatan rangkaian perkhidmatan Bateriku, kami yakin pemilik EV akan mendapat pengalaman pemilikan yang lebih lancar, selamat dan diyakini.”

260424-bateriku-bateriku svolt kerjasama strategik ev ekosistem malaysia 02.webp

Ekosistem EV Malaysia Berevolusi

Daripada lensa niaga, boleh disimpulkan yang permintaan dalam ekosistem semakin berubah arah. Bermula dengan fasa pengguna awal apabila EV masuki Malaysia melalui pengedar-pengedar kecil pada harga premium. Kemudian fasa pertumbuhan menerusi kemasukan lebih banyak jenama, lebih banyak model, dan lebih banyak insentif diberikan pihak berkuasa. Akhir sekali fasa kematangan ekosistem apabila pengguna awal mula memerlukan perkhidmatan berkaitan after-sales seperti diagnostik, penyelenggaraan, dan baik pulih.

Ia mencerminkan kerjasama Bateriku-SVOLT adalah tindakan tepat untuk pertumbuhan ekosistem EV Malaysia.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read