Kuala Lumpur, 25 September 2025 – Bateriku berbangga kerana telah menyertai SME Bank Xcess 2025, sebuah platform pemadanan perniagaan berprestij yang dianjurkan oleh SME Bank untuk memperkasa PMKS di peringkat serantau dan global. Acara tahun ini menghimpunkan para pemimpin industri, usahawan, serta rakan pembangunan untuk memperkukuh ekosistem merentasi sektor borong, runcit, logistik, penyelesaian digital, pembangunan kapasiti dan pembiayaan alternatif.
Bateriku di SME Bank Xcess 2025: Memacu Pertumbuhan Melalui Kolaborasi dan Inovasi
SME Bank yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Selain pembiayaan, SME Bank turut menyediakan latihan, program pembangunan serta platform seperti Xcess bagi merangsang pertumbuhan holistik PMKS.
Di SME Bank Xcess 2025, lebih 500 usahawan tempatan berpeluang berhubung dengan 20 pembeli antarabangsa dari Asia, dengan potensi menjana nilai perniagaan sehingga RM45 juta. Sejak mula dianjurkan, Xcess telah mengatur lebih 1,800 sesi perniagaan melibatkan lebih 150,000 peserta PMKS, membuktikan peranannya sebagai salah satu inisiatif pembangunan utama negara.
SME Bank Xcess 2025: Platform Kolaborasi & Inovasi
Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ewon Benedick dan turut dihadiri oleh Pengerusi SME Bank, Dato’ Muslim Hussain, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan dan institusi kewangan dalam memperkukuh industri PMKS.
“Xcess telah menganjurkan lebih daripada 1,800 sesi perniagaan dengan lebih 150,000 peserta PMKS. Sebagai salah satu Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) terkemuka di Malaysia dan ahli kumpulan BPMP, SME Bank terus menyokong pembangunan PMKS di seluruh negara. Pada tahun 2025 sahaja, lebih 500 usahawan tempatan telah berhubung dengan 20 pembeli dari Asia, berpotensi menjana nilai sehingga RM45 juta. Ini adalah usaha penting untuk memperkasa keusahawanan tempatan.” - Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank

“Saya menghargai usaha SME Bank menganjurkan SME Xcess. Sektor PMKS berkembang pada kadar 5.8% pada tahun 2024, dengan sumbangannya kepada KDNK negara meningkat kepada 9%. Program seperti ini membantu PMKS menembusi pasaran eksport. SME Xcess merupakan satu kerjasama strategik antara Kerajaan dan institusi kewangan untuk memperkukuh industri PMKS negara.” - Dato’ Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Selain Bateriku, acara ini turut disertai syarikat utama seperti Pharmaniaga, UEM, DHL, dan Petronas Auto Expert, sekali gus mencerminkan sokongan menyeluruh daripada pelbagai industri.
Peranan Bateriku di SME Xcess 2025
Bateriku turut diberi peluang untuk menyampaikan sesi pocket talk yang dikendalikan oleh Encik Muhsin, Ketua Pembangunan Perniagaan Bateriku. Sesi ini menekankan bagaimana pendekatan berasaskan data, kerjasama strategik, dan inovasi digital menjadi teras strategi pertumbuhan Bateriku.
Pertumbuhan Melalui Data & Kerjasama
- Pengembangan Berasaskan Data: Setiap cawangan baharu Bateriku dibuka berdasarkan analisis pasaran dan data pelanggan.
- Ekosistem Kolaboratif: Bateriku tidak bersaing secara individu, sebaliknya bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kesetiaan pelanggan kukuh untuk mewujudkan usaha sama dalam industri automotif.
- Akademi Bateriku: Institusi latihan dalaman yang melahirkan juruteknik bertauliah, termasuk latihan khusus untuk pemeriksaan kenderaan elektrik (EV), menggabungkan teknologi dan kepakaran manusia melalui diagnostik jarak jauh dan di lokasi.
- Bpreneurs & Pitstop: Lebih 80 Bpreneurs kini mengendalikan Pitstop outlets, sebahagian daripadanya bermula sebagai BHeroes yang kini berkembang menjadi usahawan automotif dengan pusat servis mereka sendiri.

Membina Masa Depan Digital dan Kolaboratif
Bateriku juga memperkenalkan Digital Partner Program di SME Xcess 2025. Satu produk digital yang lebih dikenali sebagai affiliate unik membolehkan individu atau organisasi menjual bateri kereta hanya melalui pautan digital. Program ini adalah sebahagian daripada strategi Bateriku Digital untuk memanfaatkan data serta ekonomi perkongsian demi memperkasa rakan niaga dan industri automotif.
Aktiviti Bersama Komuniti
Pasukan Pembangunan Rangkaian BPrenuer yang diketuai oleh Encik Ryzal Abd Rahman mengambil peluang untuk berhubung dengan rakan niaga baharu, manakala pasukan pemasaran mengadakan aktiviti interaktif Mystery Box, menawarkan baucar bernilai sehingga RM100 kepada pengunjung.

Platform Pertumbuhan & Memperkukuh Ekosistem PMKS
SME Bank Xcess 2025 merupakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat. Ia secara langsung membuka peluang baharu dalam rangkaian, memperkukuh kerjasama, serta menegaskan komitmen kami dalam memperkasa inovasi digital dan pembangunan bakat.
Bateriku akan terus komited untuk mengembangkan kehadiran digital dan fizikal dalam industri automotif Malaysia, dengan semangat:
Together, we grow. Together, we move forward.

