13 Jun 2025

UiTM dan Bateriku.com Meterai Perjanjian Kerjasama Strategik

medium_UiTM dan Bateriku Meterai MoU.webp

Shah Alam, 29 Mei 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bateriku (M) Sdn. Bhd., sebagai langkah strategik memperkasa kerjasama antara dunia akademik dan industri automotif digital.

Majlis menandatangani MoU ini berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) UiTM, Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Encik Azarol Faizi Zakaria Ansari.

UiTM dan Bateriku Meterai Perjanjian Kerjasama Strategik

Kerjasama ini membuka ruang luas dalam pelbagai bidang seperti latihan industri, pemindahan teknologi, pembangunan keusahawanan dan pengetahuan industri sebenar. Khususnya bagi melahirkan generasi graduan yang bersedia menghadapi dunia digital dan ekonomi masa depan.

Antara skop utama kerjasama ini termasuk:

  • Penempatan pelajar untuk latihan industri
  • Penganjuran kursus pendek, seminar dan bengkel keusahawanan
  • Pertukaran tenaga pakar serta staf profesional antara universiti dan industri
  • Kolaborasi dalam pembangunan teknologi, inovasi dan solusi mobiliti masa hadapan

Menurut Encik Azarol, kolaborasi ini bukan sekadar menyentuh aspek teknologi atau perkhidmatan, sebaliknya menjadi platform untuk mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan nilai keusahawanan, celik digital dan kesedaran sosial.

Sementara itu, Prof. Dr. Jamalunlaili menekankan bahawa kerjasama ini selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDGs) UiTM, khususnya dalam memperkukuh pendidikan berkualiti, pembangunan ekonomi inklusif, serta pemerkasaan belia melalui peluang kemahiran dan keusahawanan.

Dengan tempoh kerjasama selama tiga tahun, MoU ini dijangka menjadi pemangkin kepada inisiatif berskala lebih besar dalam pembangunan penyelidikan, inovasi lestari, dan penciptaan peluang ekonomi bernilai tinggi di Malaysia.

Sumber asal artikel ini dipetik dan disesuaikan daripada laporan oleh

Laporan berita juga dipetik daripada:

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read