28 Aug 2026

Teknologi Bantuan Automotif Antara Pameran Bateriku di NICE 2026

medium_260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology 06.webp

Malaysia ingin lebih fokus menukar kajian dan inovasi kepada sesuatu yang boleh dikomersialkan. Itulah objektif utama penganjuran National Innovation and Commercialisation Expo (2026) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) daripada 26 hingga 28 Ogos 2026.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) menerusi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) itu menggunakan “From Mission to Market. Malaysia to the World” sebagai tema NICE 2026. Acara yang berlangsung selama 3 hari itu menghimpunkan penyelidik, syarikat pemula, pelabur, akademia, dan agensi kerajaan. Sasaran utama adalah untuk memperkukuh ekosistem inovasi Malaysia dan membantu teknologi hasilan tempatan menembusi pasaran global.

260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology 05.webp

Merapatkan jurang inovasi Malaysia

Satu cabaran utama yang ingin dirungkaikan NICE 2026 adalah sesuatu yang dipanggil “Valley of Death”. Ia adalah konsep yang merujuk kepada kepayahan sesuatu kajian dan prototaip dimajukan ke arah pengkomersialan oleh sebab kekangan kewangan, teknikal, ataupun akses pasaran.

Oleh sebab itu, NICE 2026 bukan sekadar jadi lokasi mempamerkan inovasi, malahan ada juga sesi merangkai, pendanaan, kerjasama, dan perkongsian ilmu untuk hubungkan penginovasi dengan organisasi yang mampu membantu inovasi tersebut ke pasaran.

260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology 03.webp

Lebih 180 pempamer telah mengambil bahagian dalam NICE 2026. Memeriahkan lagi acara adalah kehadiran lebih 70 pakar dan nama besar dalam industri. Sesi pembentangan dan jalinan perniagaan juga diadakan untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu.

Dalam ucaptama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyeru satu kerjasama erat diwujudkan antara agensi kerajaan, universiti, syarikat berkaitan kerajaan, dan sektor swasta dalam melipatgandakan usaha menyelidik dan pengkomersialan. Beliau mahu negara bergerak lebih pantas dalam industri yang giat berkembang seperti AI dan pengkomputeran kuantum tapi dalam masa yang sama masih memegang erat nilai kemanusiaan dan lebih penting, membawa manfaat kepada warga Malaysia.

260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology 04.webp

Menjana nilai ekonomi daripada sektor R&D Malaysia

Penekanan terhadap menjana nilai komersial daripada sektor R&D Malaysia adalah kesinambungan kepada Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY). Antara tahun 2016 dan 2025, MCY telah membantu mengkomersialkan lebih 761 inovasi dan daripada situ berjaya menghasilkan nilai lebih RM1.13 billion.

Sementara itu, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang diterajui MOSTI pula berjaya mengkomersialkan 101 produk dan teknologi dengan nilai yang berjaya dikeluarkan kira-kira RM171.8 juta.

260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology.webp

Salah satu acara yang dijalankan di NICE 2026 adalah MCY Awards 2025. Material In Works Malaysia Sdn. Bhd. telah dinobat pemenang keseluruhan diatas produk mereka, Recovered Cellulose Pulp (RCP) iaitu inovasi yang menukar sisa pembersih label kepada bahan yang boleh diguna untuk membungkus. Syarikat itu membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi.

Bateriku di NICE 2026

Dalam kalangan 180 pempamer di NICE 2026, Bateriku adalah salah satu daripadanya. Inovasi yang dipamerkan adalah platform ekosistem digital yang menyediakan bantuan tepi jalan.

260828-bateriku-bateriku nice 2026 roadside assistance technology 02.webp

Ia menghubungkan pemandu kereta dan penunggang motosikal dengan bantuan seperti penukaran bateri dan lain-lain bantuan berkaitan dalam satu platform yang memudahkan. Bukan sahaja mudah, Bateriku juga mempamerkan cara teknologi diguna pakai untuk manfaat komuniti dan sekiranya perlu, ia boleh diskalabesarkan dengan mudah.

Penyertaan Bateriku di NICE 2026 adalah untuk menyokong objektif untuk membawa inovasi dan teknologi hasilan Malaysia daripada “mission to market” dan dalam masa yang sama, membuktikan solusi air tangan tempatan boleh menyelesaikan masalah global.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read