1 Jul 2025

Pelancaran Motor EV GGR dan Bateri Motor GGR by Bateriku

medium_Bateriku-GGR-Launching-1.webp

28 Jun 2025, Kuala Lumpur - GGR Motor telah melancarkan motosikal elektrik pertama keluarannya, Lion G1 pada harga selepas subsidi menerusi program MARiiCas yang mampu milik iaitu RM1,599.

Majlis telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan bersama Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Jamalulail dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato’ Zulfikri Osman di Saloma Kuala Lumpur.

Bateriku.com Sebagai Rakan Strategik GGR Motor

Bateriku sebagai rakan strategik berperanan dalam menyelaras penyelenggaraan dan sokongan teknikal. Dengan lebih 200 Pitstop di seluruh negara, Bateriku sedia dalam menyediakan rangkaian perkhidmatan selepas jualan untuk GGR Motor khususnya motosikal elektrik yang baru sahaja dilancarkan.

Bateriku-GGR-Launching-2.webp

Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi, berkata syarikatnya mempunyai satu visi yang jelas iaitu Satu Rumah, Satu EV dengan memastikan setiap isi rumah di negara ini memiliki pilihan mobiliti yang mampu milik, jimat dan berkualiti tinggi.

“Kami percaya mobiliti mesra alam ini boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang sama ada anda tinggal di kampung, bandar, flat atau di kawasan perkampungan.”

Pelancaran Model Lion G1 - GGR EV

Model motosikal elektrik yang dilancarkan adalah Lion G1 dan mempunyai ciri-ciri seperti:

  • Motor berkuasa 3,000 watt
  • Jarak perjalanan sehingga 120 kilometer (cas penuh)
  • Pengecasan Pantas 50 peratus dalam 1 jam 30 minit
  • Jaminan waranti menyeluruh sehingga 50,000 kilometer

Bateriku-GGR-Launching-5.webp

Pelancaran Rasmi Bateri GGR by Bateriku

Satu gimik pelancaran GGR Batteries by Bateriku juga telah diadakan sebagai perasmian produk kolaborasi antara dua jenama iaitu Bateriku dan GGR motor. Kolaborasi strategik ini menjamin kuasa berganda untuk semua pemilik motosikal dalam mendapatkan bateri yang terbaik dan jaminan waranti selama 10 bulan di seluruh negara.

Pada hari yang sama, GGR Motor turut menganjurkan Karnival EV Rider Malaysia 2025, iaitu sebuah acara nasional yang menghimpunkan pemain industri, pengguna, agensi kerajaan dan komuniti EV dari dalam dan luar negara. Acara ini mengorak langkah dalam memperkukuh aspirasi negara dalam agenda mobiliti mampan dan teknologi hijau.

Bateriku-GGR-Launching-3.webp

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read