Shah Alam, 7 Ogos 2025 – Paddock 2.0 Bateriku (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam bertukar menjadi pentas yang penuh warna-warni apabila syarikat ini secara rasmi melancarkan siri bateri automotif ASTRA yang diperakui SIRIM, serta memperkenalkan Bateriku Quality Lab. Majlis ini menandakan satu lonjakan besar dalam sektor automotif Malaysia, khususnya dalam industri selepas jualan.
Pasukan Bateriku yang berdedikasi telah bertungkus-lumus memastikan setiap perincian acara mencerminkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan. Setiap jabatan daripada logistik, pemasaran, operasi hingga khidmat pelanggan memberikan tenaga dan kreativiti sepenuhnya untuk menyambut tetamu kehormat, rakan strategik dan pihak media.
Pelancaran Bateri ASTRA: Bab Baharu Industri Automotif Malaysia
Gudang Bateriku di Paddock 2.0 dihiasi dengan tema pembungkusan ungu ASTRA yang melambangkan kekuatan dan kebolehpercayaan. Para tetamu berpeluang melihat aset Bateriku seperti kereta projek Motor Maniac, lori tunda, dan motosikal elektrik Ryde EV yang digunakan oleh BHero, wira bantuan tepi jalan berasaskan gig Bateriku.
Acara bermula jam 10.00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat serta diikuti nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, mewujudkan suasana penuh perpaduan dan penghormatan. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Datuk Hanafi bin Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YBhg. Datuk Omar Syariff Mydeen, Pengerusi SIRIM Q.A.S International Sdn. Bhd. dan Ts. Encik Md. Adha Rahmat, CEO SIRIM Q.A.S International Sdn. Bhd. Turut serta wakil rakan-rakan strategik dari Pembangunan Usahawan MARA, PUNB Auto Pro, Petronas Auto Expert, Mannol Malaysia dan Lubrex Malaysia.
11 Tahun Inovasi
Para tetamu dipersembahkankan dengan video inspirasi perjalanan 11 tahun Bateriku, daripada permulaan sebagai startup kecil hingga menjadi penyedia Connected Roadside Assistance nombor satu di Malaysia. Video ini memaparkan ekosistem kukuh syarikat yang kini mempunyai 225 pitstop di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig terlatih.
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi dalam ucapannya menekankan visi dan keutamaan kualiti dalam membina kepercayaan pelanggan.
“Di Bateriku, kami sering bertanya satu soalan mudah tetapi bermakna, "Bagaimana kami dapat menyediakan pemilik kenderaan dengan bateri yang boleh mereka percayai, bukan sahaja dari segi prestasi, malah kualiti, pengalaman pelanggan dan impak alam sekitar? Hari ini kami jawab soalan itu dengan pelancaran ASTRA, Bateri Pilihan Mekanik. Jenama bateri pertama di Malaysia yang mendapat pensijilan SIRIM dan standard antarabangsa IEC 60095 untuk semua 28 SKU.”

“ASTRA menjadi pilihan mekanik kerana pelanggan bengkel tidak perlu lagi mengurus tuntutan waranti sendiri, mereka boleh ke mana-mana 225 Pitstop Bateriku atau hubungi talian hotline 24 jam. ASTRA turut menawarkan perlindungan Takaful Kemalangan Diri sehingga RM7,000, pertama di industri bateri Malaysia. Malah lebih 1 juta unit ASTRA telah terjual dalam masa kurang tiga tahun, satu pencapaian membanggakan bagi jenama tempatan.”
“Hari ini juga kami melancarkan Bateriku Quality Lab sebagai simbol komitmen terhadap ketelusan, penambahbaikan berterusan dan kualiti tanpa kompromi. Selain makmal ini, kami mengendalikan rangkaian bengkel ICE, Hybrid dan EV untuk menyelesaikan isu kenderaan yang bukan berpunca daripada bateri.” Bateriku membina ekosistem mobiliti lestari berasaskan:
- Platform Digital – dibangunkan secara sendiri, untuk perkambangan sistem yang lebih efisien.
- Model Ekonomi Gig – BHero, mekanik yang dilatih melalui Akademi Bateriku.
- Pembangunan Usahawan – program BPreneur telah melahirkan 100 graduan (30% daripadanya merupakan bekas BHero).
- Program Bandar Pintar – kerjasama dengan Touch ‘n Go, Setel dan Flexi Parking dalam integrasi aplikasi mobil untuk menawarkan perkhidmatan Roadside Assistance.
- Kelestarian Alam Sekitar – Briged Hijau mengutip sisa buangan elektrik terutamanya bateri untuk pelupusan secara berhemah dan kerjasama dengan RydeEV dan GGR Motor.
Pelancaran Rasmi ASTRA
Kemuncak acara yang gemilang ini adalah pelancaran ASTRA dengan taburan konfeti dan video komersial ASTRA. Untuk pengetahuan smeua, ASTRA adalah satu-satunya jenama bateri automotif di Malaysia dengan pensijilan SIRIM IEC 60095 bagi semua 28 SKU termasuk MF, EFB dan AGM. Sebagai simbolik kepada pencapaian ini, SIRIM tealh menyerahkan Product Certification License secara rasmi, mengukuhkan kredibiliti ASTRA di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Bateriku turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan cenderamata kepada rakan strategik dari MARA, PUNB Auto Pro, Petronas Auto Expert, Mannol Malaysia dan Lubrex Malaysia. Tetamu-tetamu kehormat dan pihak media kemudian dibawa melawat ke fasiliti Bateriku yang dipamerkan di kawasan sekitar termasuk perasmian Bateriku Quality Lab di tingkat atas oleh Datuk Hanafi.

Sorotan Sidang Media
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi menegaskan bahawa pensijilan SIRIM adalah kunci ke pasaran global. Bateriku kini merancang pengembangan ke Thailand setelah menembusi pasaran di Indonesia, memanfaatkan infrastruktur digital yang terbukti berkesan. Datuk Omar Syariff Mydeen, Pengerusi SIRIM Q.A.S International Sdn. Bhd pula menekankan peranan SIRIM sebagai penjaga kualiti industri. Pada masa yang sama, Datuk Hanafi bin Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menghargai sumbangan Bateriku kepada ekosistem automotif tempatan dan berharap pada kejayaan eksport di masa hadapan.

Seiring Matlamat Nasional
Majlis ini selari dengan visi MITI untuk memperkukuh kapasiti tempatan sebelum ke pasaran ASEAN. Dengan pelaburan dalam infrastruktur, kawalan kualiti dan pembangunan ekosistem, Bateriku bersedia menjadi peneraju nasional dan pesaing serantau. Pelancaran ASTRA dan pembukaan Bateriku Quality Lab bukan sekadar pencapaian, tetapi sambutan terhadap inovasi, keboleh upayaan untuk berdaya saing dan kerjasama seluruh keluarga Bateriku. Jika anda merupakan pemilik bengkel atau usahawan yang berminat untuk mengetahui peluang bersama ASTRA, sila hubungi 019 262 7845 or email b2w@astraman.my.

