20 November 2025, Kuala Lumpur – Maxis Business menganjurkan sesi berfokus bertemakan Driving AI Innovation for Retail Transformation di M Resort Hotel Kuala Lumpur. Acara ini menghimpunkan pemimpin industri, penganalisis dan pakar teknologi untuk membincangkan bagaimana teknologi AI mengubah operasi runcit dan pengalaman pelanggan.
Maxis Business Menonjolkan Inovasi AI Dalam Runcit, Bateriku Berkongsi Halatuju Masa Depan
Bateriku Digital dijemput sebagai salah satu pemain yang berkembang pesat dalam ekosistem digital Malaysia. Sesi ini turut dikongsikan dapatan terkini daripada International Data Corporation (IDC) yang ditugaskan oleh Maxis untuk menjelaskan kedudukan sebenar perusahaan Malaysia, jurang yang masih wujud serta keutamaan baharu yang perlu diambil untuk kekal berdaya saing dalam sektor runcit dan perkhidmatan yang semakin berubah.
Dapatan Utama Daripada Maxis dan IDC
Malaysia kini berada di persimpangan penting dalam evolusi digitalnya. Walaupun keperluan transformasi semakin jelas, Malaysia masih ketinggalan berbanding rakan serantau.
- Hanya 63 peratus perusahaan Malaysia telah bergerak melepasi peringkat awal transformasi digital, berbanding purata Asia Tenggara sebanyak 73 peratus.
- Hanya 47 peratus berada pada tahap developing, jauh di belakang purata SEA sebanyak 54 peratus.
- Pertumbuhan perbelanjaan IT Malaysia dijangka hanya 5.7 peratus pada 2025, jauh lebih rendah berbanding momentum global.
- Kekurangan pelaburan bertahun-tahun dalam infrastruktur digital moden berpunca daripada pendekatan melihat IT sebagai fungsi sokongan dan bukan pemacu strategik.
- Satu kebimbangan besar: 76 peratus projek digital di Malaysia gagal mencapai hasil yang diharapkan kerana kepimpinan digital yang lemah, teknologi lama, data yang tidak matang dan kekurangan bakat.

Fokus Malaysia Berbanding Perusahaan Digital di Negara Lain
Dapatan IDC menonjolkan perbezaan yang ketara dalam keutamaan transformasi. Perusahaan di Malaysia biasanya memberi tumpuan kepada:
- Produktiviti pekerja
- Inovasi yang lebih pantas
- Penjimatan kos
- Daya tahan perniagaan
- Masa ke pasaran yang lebih cepat
Fokus ini bersifat taktikal dan operasi. Sebaliknya, perusahaan digital di negara lain memberi keutamaan kepada:
- Pertumbuhan hasil
- Peningkatan keuntungan
- Kepuasan pelanggan
- Kecekapan operasi
- Pengurangan risiko perniagaan
- Kelestarian
Jurang ini menunjukkan bahawa Malaysia masih banyak memberi tumpuan kepada peningkatan dalaman berbanding strategi yang memacu pertumbuhan dan nilai pelanggan.

Empat Tonggak Rangka Kerja Perniagaan Digital
Untuk kekal berdaya saing dalam jangka masa yang panjang, organisasi perlu sejajarkan strategi mereka dengan empat tonggak ini:
- Model Perniagaan Digital
Mereka bentuk semula produk dan perkhidmatan dengan pendekatan menyeluruh berpusatkan pelanggan. - Organisasi
Mempersiapkan tenaga kerja untuk peranan yang diperkukuh oleh AI dan gaya kerja masa depan. - Data
Mengurus data sebagai produk strategik dan membina budaya perniagaan berasaskan data. - Proses Operasi
Meningkatkan responsiviti melalui penghubungan digital assets, tenaga kerja dan rakan niaga.
IDC turut berkongsi empat amalan organisasi yang berjaya mengadaptasi AI:
- Menggunakan rangka kerja tadbir urus yang bersepadu.
- Menyeragamkan seni bina AI.
- Melatih pekerja untuk kolaborasi manusia dan AI.
- Mengurus data sebagai produk utama.
Keadaan Semasa Penggunaan AI di Rantau APAC
Malaysia dan seluruh rantau sedang memasuki fasa pertumbuhan pesat AI.
“Perbelanjaan AI akan meningkat 1.6 kali ganda lebih pantas berbanding teknologi digital lain dalam tempoh tiga tahun akan datang, dan menjana lebih USD 1.2 trilion impak ekonomi di APAC menjelang 2027.”
Cabaran dan Keutamaan Sektor Runcit & Perkhidmatan
Sektor Runcit dan Perkhidmatan, termasuk bantuan tepi jalan seperti Bateriku, berdepan dengan beberapa cabaran utama:
- Kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos gaji
- Permintaan yang lebih tinggi untuk pengalaman digital
- Kos operasi yang meningkat
- Keperluan menambah baik strategi omnichannel dan pengalaman peribadi
Untuk kekal relevan, peruncit dan penyedia perkhidmatan kini memfokuskan kepada:
- Pengalaman omnichannel
- Penglibatan pelanggan yang lebih peribadi
- Automasi operasi
- Pengurusan inventori dan aset yang lebih cekap
- Penyusunan strategi pelanggan berasaskan data
Jurang Teknologi Yang Perlu Ditangani Segera
Laporan IDC mengenal pasti beberapa bidang teknologi yang memerlukan pelaburan segera:
- Automasi operasi – 55%
- IoT dan Mobiliti – 50%
- Pengurusan Data dan Analitik – 45%
- Alat Inovasi Digital – 40%
- Aplikasi Back-office – 40%
- GenAI & AI – 30%
Bagi Bateriku, keperluan tinggi terhadap Automasi (55 peratus) dan IoT & Mobiliti (50 peratus). sejajar dengan model operasi syarikat yang bergantung pada penyelarasan fleet, data masa nyata dan kecekapan respon servis.

Keutamaan dan Halangan Dalam Penggunaan AI
Separuh organisasi Runcit & Perkhidmatan sudah mula melaksanakan AI dalam pelbagai projek. Keutamaan mereka jelas:
- Penjimatan kos
- Pertumbuhan hasil
- Peningkatan keuntungan
Namun, penggunaan AI dihalang oleh:
- Kekurangan data pihak ketiga
- Kebimbangan keselamatan
- Kekurangan pengetahuan AI
IDC menyarankan organisasi memperluas strategi AI mereka dan membangunkan asas teknologi kukuh merangkumi IoT, infrastruktur awan, keselamatan dan analitik data.
Wawasan Transformasi Runcit Daripada Pemain Industri
Sesi ini turut menampilkan pandangan daripada beberapa organisasi utama dalam ekosistem runcit.
Perjalanan Digital AEON
Low Ngai Yuen, Pengarah Urusan AEON 360, berkongsi bagaimana AEON membentuk semula model operasinya untuk kekal sejajar dengan jangkaan pengguna.
Mempercepatkan Runcit Dengan AI dan Data
Wong Chee Voon, Ketua Penyelesaian Cloud Maxis, menunjukkan bagaimana AI dapat mempercepatkan kitaran jualan dan menyokong peluasan perniagaan.
Visual Analytics Dalam Operasi Harian
Marvin Liong, Ketua Amalan IoT Maxis, menerangkan bagaimana visual analytics membantu peruncit mengoptimumkan prestasi kedai.
Halatuju Masa Depan Inovasi Digital dan AI di Malaysia
Bagi Bateriku, sesi ini mengesahkan bahawa syarikat berada pada landasan yang tepat. Pasukan pembangunan perisian dalaman kami terus menjadi pemacu utama pertumbuhan dan kecekapan.
Membangunkan RSA.my Sebagai Platform SaaS
Bateriku akan memperkenalkan RSA.my sebagai penyelesaian SaaS untuk bantuan tepi jalan, membuka peluang pasaran yang lebih luas.
Memperkukuh AI Dengan FATIN
Sistem Fully Autonomous Text Interaction (FATIN) sedang dilancarkan secara berperingkat. Fasa seterusnya akan merangkumi pengecaman suara, sokongan berbilang bahasa dan pengurusan interaksi pelanggan yang lebih pintar.
Malaysia perlu bergerak daripada peningkatan asas digital kepada strategi yang lebih berani dan berfokuskan pelanggan untuk memacu hasil, meningkatkan kepuasan dan membina daya saing jangka panjang. Bagi syarikat seperti Bateriku, ini memerlukan pelaburan dalam automasi, IoT, penguasaan data dan proses berasaskan AI sambil mempersiapkan tenaga kerja untuk era digital seterusnya.
Dengan kepimpinan yang jelas dan asas teknologi yang betul, Bateriku berada pada kedudukan kukuh untuk membentuk masa depan perkhidmatan dan runcit melalui alat yang lebih pintar, data yang lebih tepat dan pengalaman pelanggan dipacu AI.

