9 Jul 2026

KOBAT Sokong Sasaran Malaysia RM100 Billion Ekonomi Koperasi

medium_260708-bateriku-hari koperasi negara 03.webp

BUTTERWORTH, 4 JULAI 2026 - Koperasi Bateriku Selangor Berhad (KOBAT) menjadi saksi di Hari Koperasi Negara 2026 Peringkat Kebangsaan apabila kerajaan mengumumkan sasaran RM100 billion pendapatan daripada perniagaan koperasi menjelang 2030.

Sasaran itu telah ditetapkan oleh Menteri Pebangunan Usahawan dan Koperasi (KOSKUP), YB Steven Sim Chee Keong dalam ucaptamanya yang berlangsung di PICCA @ Butterworth Arena pada 4 Julai 2026.

260708-bateriku-hari koperasi negara 02.webp

Sebagai rujukan, perolehan perniagaan koperasi untuk tahun 2025 dicatatkan pada RM82 billion sementara tahun 2024 adalah RM68 billion. Ia jelas menunjukkan sektor koperasi adalah sektor yang subur bertumbuh dalam situasi ekonomi yang mencabar masa ini.

Untuk info, Malaysia mempunyai lebih 16,000 koperasi berdaftar dengan 7.3 juta ahli dan perniagaan koperasi terus mewujudkan peluang untuk komuniti, usahawan, dan perniagaan daripada berbagai-bagai industri berkembang.

260708-bateriku-hari koperasi negara 04.webp

Malaysia sedia dana RM254 juta, tertinggi diterima koperasi

Sektor koperasi Malaysia kini memasuki satu fasa baharu. Dengan sasaran RM100 billion perolehan yang ditetapkan menjelang 2030, sudah tentu sokongan yang diperlukan juga tinggi.

260708-bateriku-hari koperasi negara 06.webp

Salah satu info yang dikongsikan YB Steven Sim, dia mengumumkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menerima dana sebanyak RM254 juta, tertinggi pernah mereka terima sejak 1922.

Menerusi peruntukan ini, koperasi boleh memohon untuk mengembangkan operasi ataupun memajukan organisasi masing-masing untuk kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi digital masa ini.

Sejumlah RM226 juta akan disalurkan melalui Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) dengan 18 koperasi telahpun diluluskan untuk terima bantuan kewangan sejumlah RM53 juta.

Kerajaan juga akan membantu meminda Akta Koperasi bagi mengurangkan birokrasi serta memendekkan tempoh kelulusan permohonan dana supaya lebih mesra koperasi.

260708-bateriku-hari koperasi negara 07.webp

KOBAT sertai arus modenisasi koperasi

Sedang sektor koperasi Malaysia berkembang ke industri baharu, KOBAT adalah salah satu yang berada di depan mempelopori sektor automotif.

Mereka mendemonstrasikan cara koperasi moden beradaptasi dengan keadaan pasaran yang tak menentu dengan memanfaatkan teknologi digital dan pembangunan kerjasama strategik bagi mewujudkan peluang perniagaan luar daripada model konvensional.

KOBAT komited dalam mendukung aspirasi KOSKUP dalam memperkembang ekonomi keusahawanan koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pernah menyarankan kerajaan untuk mengiktiran gerakan koperasi sebagai Kuasa Ekonomi Ketiga Negara selepas sektor awam dan swasta menunjukkan kesediaan kumpulan ini untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi Mlayasia.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read