Ingat lagi tak anda akan proses tukar kereta bateri? Anda kena telefon kedai, tunggu untuk bercakap dengan orang, tanya keadaan stok, dan banyak lagi. Bila kedai pertama tak boleh sediakan bateri anda, terpaksalah panggil kedai kedua dan ulang proses yang sama. Pasti ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Kemudian, teknologi Interactive Voice Response (IVR) diperkenal untuk menambah baik proses sedia ada tapi kini teknologi itu sudahpun berusia lebih tiga dekad.
Olah Semula Menu Telefon Kepada yang Lebih Baik
Teknologi IVR dipopularkan dalam tahun 1980-an untuk menangani peningkatan mendadak panggilan suara. Ia membolehkan syarikat melayan lebih banyak panggilan secara berkesan. Namun begitu, IVR kini sudah matang dan tak banyak naik taraf yang boleh dilakukan.
Teknologi legasi ini hadapi kesukaran apabila menu statik IVR tak mampu memenuhi kepelbagaian permintaan daripada pengguna. Lantas, perkara ini mencetuskan keperluan untuk satu inovasi baharu yang lebih pintar.

Masa dan Tenaga yang Diperlukan untuk Panggilan Suara Konvensional
Walaupun menu IVR adalah nyata lebih cekap berbanding teknologi yang diguna pakai sebelum ini, IVR ada cabarannya yang tersendiri.
Menu statik IVR berisiko berikan maklumat yang tak releven atau lebih parah, membanjirkan pengguna dengan arahan tak perlu. Pengguna perlu tekan banyak kekunci, lakukan pengesahan berulangkali, ataupun ketakjelasan arahan suara yang menyumbang kepada pembaziran masa ataupun merumitkan keadaan.
Cuba bayangkan pengguna yang terpaksa berdepan semua ini bila berada dalam situasi kecemasan melibatkan bateri kereta yang tak berfungsi.
Proses Pembelian Bateri Kereta Perlu Diringkaskan
Menu interaksi yang tak selari dengan keperluan pengguna akan merencatkan kecekapan. Kajian menunjukkan yang susunan pilihan dalam menu yang disuaikan dengan pola penggunaan dunia sebenar nyata dapat jimatkan masa pemanggil.
Cabaran yang dihadapi adalah untuk beralih daripada sistem menu yang statik dan genjur kepada satu sistem yang fleksibel, peka konteks, dan mampu berinteraksi seperti operator manusia.

Rasakan Pengalaman Telefoni Generasi Baharu: Kenali Fatin
Memperkenalkan Fatin, Fully Autonomous Text INteraction, pembantu berkuasa AI daripada Bateriku. Fatin mampu cakap seperti operator sebenar, fahami arahan, dan mampu beri respons kepada pemanggil tanpa apa-apa input fizikal. Sewaktu memandu sekalipun, interaksi dengan Fatin boleh dibuat dalam keadaan selamat, cekap, dan licin, tanpa sebarang geseran yang dialami dengan sistem IVR konvensional.

Fatin Sokong Multibahasa dan Faham “Bahasa Pasar”
Fatin merubah norma perkhidmatan Bateriku kepada yang bertunjangkan AI. Ia faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Tak setakat itu, pemanggil boleh hubungi Fatin dan bercakap secara kasual.
“Fatin, aku nak tukar bateri”
“Tolong tukar bateri saya Fatin”
Guna bahasa pasar sekalipun, dia mampu fahami konteks dan kehendak pemanggil.
Perkara ini penting dalam landskap kepelbagaian budaya di Malaysia dan juga banyaknya dialek ataupun loghat dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Sistem IVR tak mungkin boleh menangani cabaran ini kerana tak cukup lentur.
Dengan Fatin, aliran perbualan adalah lancar, selancar bercakap dengan manusia sebenar. Pemanggil boleh menyempurnakan proses pembelian bateri melalui Fatin, bermula daripada memesan bateri baharu, tetapkan waktu dan masa penukaran, sehinggalah kepada pengesahan butiran penting.
Interaksi secara masa nyata ini menetapkan standard baharu dalam dunia khidmat pelanggan khususnya dalam perkhidmatan penukaran bateri secara atas permintaan.

Sebab Bateriku Pilih AI Perbualan Berbanding AI Permesejan
Banyak syarikat yang memilih robot mesej sebagai permulaan. Ia tidaklah mengejutkan. AI permesejan mudah dilaksana, tapi hanya boleh diguna dalam senario terhad disebabkan masih perlukan input dalam bentuk sentuhan, sama seperti IVR.
Bateriku mengambil pendekatan berlainan apabila memilih AI bersuara untuk merungkaikan permasalahan yang lebih besar terlebih dahulu.Pendekatan bersuara merangkumi lebih banyak kerumitan dunia sebenar. Ia perlu faham pelbagai lenggok bahasa, aksen, intonasi, ataupun tahap kecemasan pihak pemanggil.
Infrastruktur AI bersuara juga adalah integrasi berharmoni beberapa sistem kecil seperti model bahasa besar (LLM) dan Private Branch Exchange (PBX).
Sementara pihak lain fokus pada penyelesaian teks, Bateriku bangunkan Fatin untuk digunakan dalam situasi yang tak membahayakan pengguna terutamanya sewaktu memandu ataupun di tepi jalan raya sesak.
Fatin Perkasa Sistem IVR Konvensional
Gandingan teknologi AI dengan sistem IVR sedia ada, Fatin telah merevolusikan perkhidmatan bateri automotif menjadi sesuatu yang lancar dan memudahkan. Tiada butang perlu ditekan dan tiada sesi menunggu untuk bercakap dengan operator. Bateriku tidaklah menggantikan pasukan khidmat pelanggan mereka untuk dikendalikan Fatin sepenuhnya. Pasukan ini masih beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari setahun. Pemanggil boleh meminta daripada Fatin untuk dipindahkan perbualan kepada pasukan operator.

Fatin adalah permulaan kepada perkhidmatan tukar bateri kereta yang lebih pantas, mudah, dan pintar.
Dalam artikel seterusnya, cara Fatin perkasa komitmen Bateriku untuk tukar bateri kereta dalam masa 30 minit dengan cara pengautomatan proses utama dan memastikan setiap interaksi adalah bersistemik akan dikupas secara lanjut.
Kemudian, pembaca juga akan dibawa menerokai potensi Fatin untuk jadi “penjaga” yang tak terhad kepada bateri, tetapi keseluruhan kenderaan.

