22 Jul 2026

Kejohanan Selangor Grand Slam Pickleball 2026 Dikuasakan oleh Bateriku

medium_Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-1.webp

Kuala Langat, 18 Julai 2026 – Bateriku dengan bangganya bekerjasama dengan Tourism Selangor sebagai Rakan Rasmi Sokongan Automotif bagi Kejohanan Selangor Grand Slam Pickleball 2026, sekali gus memperkukuhkan komitmen bersama dalam mempromosikan Pelancongan Selamat, gaya hidup aktif serta pelancongan sukan di Selangor.

Dianjurkan oleh Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2026 (Visit Selangor Year 2026), kejohanan ini mencerminkan aspirasi negeri untuk menjadikan Selangor sebagai destinasi utama Malaysia bagi sukan, rekreasi, kesejahteraan dan pelancongan. Berlangsung di Ancubic Pickleclub, Kuala Langat, kejohanan sehari ini berjaya menarik lebih 300 peserta dan pengunjung dari seluruh Selangor, menghimpunkan peminat pickleball daripada pelbagai peringkat umur dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-2.webp

Tourism Selangor dan Bateriku Berganding Bahu Perkasa Pelancongan Selamat

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor yang mewakili YB Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor.

Turut hadir ialah YM Tengku Rohana Binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat; Y.D.M. Tengku Dato' Mohamed Alhaj Bin Tengku Harun, Orang Besar Daerah Kuala Langat; Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat; Dato' Low Boon An dan Datin Kimilee You, Ahli Lembaga Pengarah Ancubic; serta Tuan Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.

Selepas ucapan perasmian, para tetamu kehormat merasmikan kejohanan menerusi simbolik perlawanan pickleball sebelum mengadakan lawatan ke sekitar venue pertandingan dan reruai pameran, termasuk reruai wall activation interaktif Bateriku.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-4.webp

Memastikan Anda Sentiasa Bergerak

Melalui wall activation Bateriku, pengunjung dipamerkan satu situasi yang boleh berlaku kepada pemandu.

Bayangkan anda baru sahaja selesai bermain pickleball bersama keluarga atau rakan-rakan, apabila waktu pulang, kereta anda tak boleh start. Situasi yang tidak dijangka ini boleh menjejaskan pengalaman yang sepatutnya menyeronokkan menjadi satu kegelisahan.

Di sinilah ekosistem bantuan tepi jalan Bateriku memainkan peranan penting dalam memberikan ketenangan kepada pengguna jalan raya. Dengan lebih 50 Pitstop di seluruh Selangor serta lebih 260 Pitstop di seluruh negara, bantuan profesional sentiasa berada berhampiran. Sama ada bateri kong, bantuan jump start kecemasan atau sokongan tepi jalan, bantuan hanya memerlukan satu panggilan telefon atau permintaan melalui aplikasi.

Aktivasi ini turut memperkenalkan ekosistem automotif berteraskan teknologi Bateriku, sekali gus menunjukkan bagaimana penyelesaian bantuan tepi jalan digital dapat menyokong perjalanan yang lebih selamat, mudah dan lancar di seluruh Malaysia.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-3.webp

Perkukuh Kerjasama Pelancongan Selamat Bersama Tourism Selangor

Kejohanan Selangor Grand Slam Pickleball 2026 menjadi satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama strategik antara Bateriku dan Tourism Selangor bagi memperkasakan inisiatif Pelancongan Selamat di negeri ini.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi berusaha mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dengan memastikan pelancong, peserta sukan dan komuniti setempat mempunyai akses kepada bantuan tepi jalan yang boleh dipercayai ketika meneroka pelbagai destinasi pelancongan di Selangor.

Sama ada menuju ke acara sukan, pantai, lokasi eko-pelancongan, tapak warisan, destinasi makanan mahupun taman rekreasi, pengguna jalan raya boleh bergantung kepada perkhidmatan bantuan tepi jalan komprehensif Bateriku. Disokong oleh lebih 1,000 juruteknik BHero dan rangkaian perkhidmatan di seluruh negara, Bateriku membantu mengurangkan gangguan perjalanan supaya pengunjung dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih yakin dan tenang.

Kerjasama ini mencerminkan visi bersama untuk menjadikan Selangor bukan sahaja destinasi pelancongan yang menarik, malah sebuah negeri yang menawarkan pengalaman perjalanan yang selamat, selesa dan memberi ketenangan kepada setiap pengunjung.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-5.webp

Menggalakkan Penyertaan Komuniti Melalui Sukan

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta bertanding dalam kategori Dewasa, Masters dan Junior, merangkumi acara Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran.

Kejohanan ini berjaya menggalakkan penyertaan pemain berpengalaman serta bakat baharu, di samping mengukuhkan penglibatan komuniti menerusi salah satu sukan yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Sebagai Rakan Rasmi Bantuan Tepi Jalan, Bateriku turut menyumbangkan baucar eksklusif kepada para peserta, membolehkan lebih ramai pengguna merasai pengalaman perkhidmatan penukaran bateri kereta dan bantuan tepi jalan secara atas permintaan. Para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi sesi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang program.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-6.webp

Membina Ekosistem Pelancongan yang Lebih Selamat untuk Malaysia

Penglibatan Bateriku mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat, melangkaui industri automotif.

Melalui kerjasama dengan program sukan berteraskan komuniti, Bateriku bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menyokong pembangunan sektor pelancongan sambil memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan dengan lebih yakin melalui perkhidmatan bantuan tepi jalan yang boleh dipercayai.

Kejohanan ini berakhir sekitar jam 7.00 malam dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan dalam kalendar pelancongan sukan Selangor.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-7.webp

Seiring dengan perkembangan ekosistem automotifnya di seluruh negara, Bateriku akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik yang menghubungkan mobiliti, pelancongan, teknologi dan kesejahteraan komuniti.

Bersama Tourism Selangor, Bateriku komited untuk terus memperluaskan inisiatif Pelancongan Selamat, membantu pelancong, pengunjung dan komuniti setempat menikmati setiap perjalanan dengan lebih yakin, sambil menyokong aspirasi Selangor sebagai destinasi sukan dan gaya hidup terunggul di Malaysia.

Bateriku Ancubic Pickleball Tourism Selangor-8.webp

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read