20 Jul 2026

Karnival Alam Kita 2026: Tindakan Kecil, Impak Besar

medium_Bateriku Karnival Alam Kita 2026.webp

Bukit Gambir, Johor, 18 Julai 2026 - Bateriku terus memperkukuhkan komitmennya dalam memperkasakan kelestarian alam sekitar apabila menyertai Karnival Alam Kita 2026 sebagai rakan strategik kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Program yang julung kali diadakan di Dewan Muafakat Johor, Bukit Gambir, Tangkak ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, organisasi swasta serta komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-7.webp

Bateriku Perkasa Kesedaran Alam Sekitar Melalui Karnival Alam Kita 2026

Bertemakan "Tindakan Kecil, Impak Besar", karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif termasuk Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) bersama Skuad NRES Lestari, Pocket Talk, pertandingan mewarna, Jualan Rahmah serta pameran daripada agensi kerajaan dan rakan strategik. Penyertaan Bateriku mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong agenda kelestarian negara melalui inisiatif Briged Hijau, di samping memperkenalkan ekosistem perkhidmatan yang memudahkan pengalaman pemilikan kenderaan rakyat Malaysia.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-2.webp

KUDAH - Galakkan Gaya Hidup Sihat & Persekitaran Bersih

Karnival dimulakan dengan program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Extreme Park Bukit Gambir yang disertai lebih 150 peserta terdiri daripada komuniti setempat, pelajar sekolah dan pelbagai agensi.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik dan zumba yang dikendalikan oleh Unit Promosi Kesihatan Negeri Johor sebelum peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti mengutip sampah di sekitar Bukit Gambir. Laluan pembersihan bermula dari Extreme Park menuju ke Pasar Awam Bukit Gambir sebelum berakhir di Dewan Muafakat Johor.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-1.webp

Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memupuk budaya menjaga kebersihan persekitaran melalui tindakan yang mudah tetapi memberi impak besar kepada komuniti. Pelbagai jenis sisa berjaya dikumpulkan sepanjang program berlangsung, sekali gus memperlihatkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Sebagai penutup aktiviti, sampah yang berjaya dikutip ditimbang dan kumpulan yang mengumpulkan jumlah paling banyak menerima hadiah tajaan daripada Bateriku.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-3.webp

Briged Hijau Perluas Kesedaran Kitar Semula Sisa Elektronik e-Waste

Di reruai Bateriku, pengunjung diperkenalkan kepada Briged Hijau, sebuah inisiatif kelestarian yang lahir daripada komitmen syarikat dalam menguruskan bateri kenderaan terpakai secara bertanggungjawab.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-4.webp

Kini, Briged Hijau turut memperluaskan usaha tersebut dengan menerima pelbagai jenis sisa elektronik (e-waste) untuk dikitar semula melalui saluran yang betul. Pengunjung diberi penerangan mengenai kepentingan pelupusan e-waste yang selamat bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta mengelakkan bahan berbahaya daripada mencemarkan tanah dan sumber air.

Melalui rangkaian Pitstop Bateriku di seluruh negara, orang ramai kini mempunyai akses yang lebih mudah untuk menghantar e-waste ke lokasi pengumpulan Briged Hijau, sekali gus menyokong amalan ekonomi kitaran dan pengurusan sisa yang lebih mampan.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-6.webp

Pocket Talk Kongsi Keselamatan Kenderaan dan Kelestarian Alam

Selain aktiviti komuniti, pengunjung turut mengikuti sesi Pocket Talk yang disampaikan oleh beberapa agensi termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengenai fenomena El Niño dan perubahan cuaca yang sedang dihadapi negara.

Bateriku pula berkongsi sesi bertajuk "Be Safe Before You Move", yang memberi penekanan kepada kepentingan penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pengunjung turut diperkenalkan kepada ekosistem Bateriku yang kini berkembang daripada perkhidmatan penukaran bateri kepada penyedia penyelesaian menyeluruh bagi Vehicle Ownership Experience, termasuk bantuan tepi jalan, penyelenggaraan kenderaan serta inisiatif kelestarian melalui Briged Hijau.

Sesi ini turut memberikan tip keselamatan pemanduan dan pemeriksaan asas kenderaan supaya pengguna jalan raya dapat memandu dengan lebih selamat serta mengurangkan risiko kerosakan ketika berada di jalan raya.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-5.webp

Timbalan Menteri NRES Rasmi Karnival Alam Kita 2026

Majlis perasmian Karnival Alam Kita 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, yang juga Ahli Parlimen Ledang.

Dalam ucapan beliau, YB Syed Ibrahim menekankan bahawa pemeliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Beliau turut mengingatkan bahawa cabaran seperti perubahan iklim, banjir kilat, pencemaran sungai, konflik manusia dan hidupan liar serta peningkatan lambakan e-waste memerlukan kerjasama semua pihak.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-7.webp

Beliau turut menjelaskan peranan pelbagai agensi di bawah NRES seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), PERHILITAN, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan MET Malaysia dalam memastikan khazanah alam negara terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat.

BHero Perkenal Ekosistem Bateriku kepada Pengunjung

Selepas majlis perasmian, YB Syed Ibrahim melawat reruai-reruai pameran termasuk reruai Bateriku yang dikendalikan oleh pasukan BHero dari Johor dan Melaka. Sepanjang program berlangsung, pasukan BHero berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengunjung bagi memperkenalkan ekosistem Bateriku, di samping berkongsi maklumat mengenai Briged Hijau serta aktiviti interaktif seperti Mystery Box yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Bateriku Karnival Alam Kita 2026-8.webp

Penyertaan dalam Karnival Alam Kita 2026 membuktikan bahawa Bateriku bukan sahaja komited menyediakan penyelesaian mobiliti dan bantuan tepi jalan, malah terus memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda kelestarian negara. Melalui Briged Hijau dan kerjasama strategik bersama Skuad NRES Lestari, Bateriku berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengamalkan pengurusan e-waste yang bertanggungjawab serta bersama-sama memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read