31 Dec 2025

Bagaimana Fatin Mampu Manfaatkan Pengguna dan Pengusaha Bengkel

medium_251216-bateriku-fatin beyond battery 01.webp

Apabila Fatin berjaya mengautomasikan perkhidmatan pertukaran bateri on-demand Bateriku, langkah yang paling logik seterusnya adalah menyebarluaskan manfaat Fatin ke seluruh ekosistem automotif. Di sinilah konsep penyelenggaraan mencegah boleh diterapkan menggunakan Fatin. Ia mampu pantau kesihatan kenderaan, hantar peringatan berkala, dan menawarkan janji temu kepada pemilik kenderaan, semuanya secara automatik. Ringkasnya, Bateriku sedang mengevolusikan amalan penyelenggaraan kereta kepada sesuatu yang proaktif dan menjimatkan.

Bagaimana Fatin boleh jimatkan kos penjagaan kereta? Baca sehingga habis.

251216-bateriku-fatin beyond battery 02.webp

Fatin: Barisan Hadapan Kerangka Perusahaan Bateriku

Fatin fleksibel. Dia boleh ditempatkan di mana-mana dalam sesuatu ekosistem. Misalnya, Fatin diletakkan di lapisan Permintaan Perkhidmatan (Service Layer) sebagai muka hadapan kerangka perusahaan. Dialah yang akan berinteraksi dengan pengguna melalui WhatsApp, pusat panggilan, laman web, dan aplikasi mudah alih.

Setiap permintaan yang diterima akan disalurkan kepada lapisan perisian (Software as a Service, SaaS). Bateriku membangunkannya perisian ini dan menggelarnya sebagai RSA Malaysia. Di lapisan ini, Fatin akan memilih mana-mana komponen perisian yang releven dengan permintaan daripada Service Layer tadi, antaranya adalah:

  • bengkel,
  • bateri kenderaan,
  • logistik,
  • bantuan tepi jalan,
  • atau alat ganti

berdasarkan keperluan pengguna.

251216-bateriku-fatin beyond battery 03.webp

Pemilik Kereta Selenggara Kereta Secara Proaktif dengan Fatin

Reaktif bukan lagi tugas Fatin sebaliknya ia mampu menganalisis data untuk memungkinkan penjagaan kenderaan secara pencegahan. Hayat bateri dipantau menerusi pengkalan data pelanggan. Sekiranya didapati bateri kenderaan berada di hujung hayat, Fatin akan menghantar mesej WhatsApp kepada pelanggan sebelum tempoh jaminan tamat.

Adanya Fatin, pengguna boleh lakukan pertukaran bateri tepat pada masanya, lantas mengurangkan risiko kegagalan bateri secara tiba-tiba. Kelak, pelekat peringatan pertukaran bateri di cermin kereta tak lagi diperlukan.

Pemilik Perniagaan turut nikmati manfaat dengan Fatin

Apabila pengguna dikesan memerlukan sesuatu perkhidmatan, Fatin akan berhubung dengan satu lagi lapisan iaitu Business Operation System (BOS). Dalamnya ada komponen seperti Service Provider Management System (SPMS), Logistics Management System (LMS), Warehouse Management System (WMS), dan Payment Gateway. Semuanya bersinergi untuk memenuhi permintaan pengguna daripada segi pembaikan kereta, penghantaran alat ganti, dan proses pembayaran.

251216-bateriku-fatin beyond battery 04.webp

Fatin Menghubungkan Pelanggan, Perniagaan, dan Sistem Kewangan

Fatin menjadi jambatan yang menghubungkan pengguna dengan penyedia perkhidmatan seperti:

  • bengkel kereta
  • pengendali trak tunda
  • tukang kunci
  • mekanik kembara

Lebih baik, kesemua perhidmatan ini yang berada dalam ekosistem RSA Malaysia, turut memilik kases kepada gerbang pembayaran yang sepunya. Apabila transkasi ingin dilakukan, ia diproses menggunakan API tanpa perlukan aplikasi tambahan. Jadi, pengalaman yang licin dan lancar dinikmati daripada hujung ke hujung dalam ekosistem yang sama. Tiada lagi situasi apabila pengguna perlu tangkap layar resit pembayaran dan tunjukkan kepada penyedia perkhidmatan atau penyedia perkhidmatan akan hantar resit perkhidmatan di kemudian hari menggunakan e-mel.

251216-bateriku-fatin beyond battery 05.webp

Fatin Sebagai Bentara Kereta

Visi Fatin adalah untuk jadi atendan kenderaan. Menggunakan AI, ia menganalisis data, menjadualkan penyelenggaraan pencegahan, dan seterusnya menambah baik pengalaman pemilikan kereta apabila mengurangkan risiko kegendalaan kenderaan diluar jangka.

Penyelenggaraan Pencegahan: Penjimatan Kos dan Masa

Penyelenggaraan kenderaan dengan menerapkan konsep mencegah ada manfaatnya tersendiri. Menurut Deloitte:

  • Kos selenggaran menurun sehingga 10%
  • Masa perancangan menurun sehingga 50%
  • Risiko kerosakan luar janga turun sehingga 70%

251216-bateriku-fatin beyond battery 06.webp

Jika diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian, Fatin semestinya memastikan kenderaan pengguna beroperasi dalam keadaan paling optimum dan pastinya pemilik kenderaan akan bebas daripada tekanan.

Fatin: Solusi Muktamad Penjagaan Kereta Masa Depan

Sebagai rangkuman, Fatin adalah produk Bateriku berkuasa AI yang tawarkan pengalaman interaksi suara semula jadi, pertingkat kepantasan penyampaian perkhidmatan, dam mengoptimumkan pengoperasian perniagaan. Semua ini adalah petanda kepada solusi muktamad penjagaan kereta alaf baharu daripada Bateriku.

251216-bateriku-fatin beyond battery 07.webp

Walau bagaimanapun, ia bukanlah dibangunkan untuk menggantikan tenaga kerja manual. Pelanggan yang masih ingin bercakap dengan operator manusia, Fatin boleh pindahkan sesi khidmat pelanggan kepada mana-mana eksekutif yang ada.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read