Setelah mempelajari bagaimana Fatin mampu untuk revolusikan pengalaman telefon servis tukar bateri menjadi sesuatu yang santai dan bersahaja dalam penulisan terdahulu, langkah seterusnya adalah untuk fahami potensi sebenar yang mampu ia tawarkan. Melangkaui tugasan menerima tempahan bateri, Fatin sebenarnya mampu jalankan pengautomatan ke atas tugas-tugas penting seperti menyambungkan pelanggan dengan juruteknik, memeriksa stok bateri dalam simpanan, dan aturkan janji temu pertukaran bateri. Semuanya untuk jamin proses penukaran bateri pelanggan berjalan selicin yang mungkin.
Fatin Pastikan Setiap Panggilan Berjawab
Fatin pastikan semua panggilan pelanggan dijawab dan mengendalikan permintaan secara efisien. Seperti yang dinyatakan dalam perkongsian terdahulu, pengguna boleh bercakap secara semula jadi tanpa sebarang interaksi dengan menu statik. Fatin boleh menjawabnya seperti pelanggan sedang bercakap dengan operator manusia dalam beberapa bahasa utama. Hasilnya, waktu menunggu dipendekkan dan pengalaman pelanggan ditambah baik.

Fatin Perkasa Komitmen 30 Minit Perkhidmatan On-Demand
Fatin memperkasakan komitmen penggantian bateri dalam 30 minit Bateriku hasil daripada tahap automasi. Di pihak pengguna, mereka cuma perlu tahu yang akan ada juruteknik akan tiba ke lokasi. Namun, disebalik tabir, proses yang berlaku adalah panjang tapi pantas. Fatin mampu buka tempahan beserta nombor rujukan dan jalankan koordinasi dengan Pitstop terhampir dengan lokasi pelanggan. Bukan sahaja pantas, malah ralat dapat dikurangkan dan proses penjadualan menjadi lancar.
Kombinasi AI dan Automation Tambah Baik Pengalaman Pengguna
Menurut penerbitan bertajuk IBM Global AI Adoption Index 2022, 54% organisasi yang mengguna pakai teknologi AI dalam operasi seharian melaporkan peningkatan kecekapan yang ketara. Pengautomatan AI mengurangkan kerja manual, percepat penyampaian perkhidmatan, dan seterusnya membolehkan kakitangan memfokuskan pada tugasan yang lebih penting. Di Bateriku, Fatin memastikan penyampaian perkhidmatan adalah pantas, boleh dinaikskala dengan pantas, dan konsisten untuk setiap pengguna.

Era Baharu Pemilikan Kereta, Dijayakan Bateriku
Fatin berjaya untuk ubah proses tukar bateri yang dahulunya renyah kepada sesuatu yang mudah dan selamat. Dengan kuasa dan kecekapan AI, pengguna tak perlu khuatir kerana bantuan akan tiba hanya dengan satu panggilan.
Walau bagaimanpun, Fatin tidaklah akan menggantikan pasukan khidmat pelanggan kami. Sekiranya pengguna masih selesa untuk berbual dengan kakitangan kami, anda boleh mohon untuk disambungkan kepada talian khidmat pelanggan daripada Fatin.
Fatin sebenarnya sedang merintis laluan baharu. Destinasinya adalah mewujudkan satu konsep penjagaan kenderaan yang proaktif dan bijak, tidak terhad kepada bateri sahaja. Dalam artikel yang seterusnya, kita akan telusuri bagaimana Fatin boleh jadi atendan kereta dan jaga keseluruhan kenderaan melalui penjadualan servis berkala dan seterusnya menjimatkan kos penyelenggaraan.

