8 Jan 2026

Daripada Bateri ke Ekosistem Mobiliti Digital: Perjalanan Bateriku 2025

medium_from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-9.webp

Bayangkan anda sedang memandu pada waktu malam tiba-tiba kereta anda rosak di tengah jalan.

Sebelas tahun lalu, detik panik inilah masalah yang kami tekad untuk selesaikan. Bukan hanya untuk diri kami sendiri, tetapi untuk semua orang. Apa yang bermula sebagai misi mudah untuk membantu orang kembali bergerak, kini berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar.

Daripada Sebuah Bateri kepada Ekosistem Mobiliti Digital

Hari ini, ketika Bateriku.com melangkah ke tahun ke-12, kami menoleh ke belakang melihat sebuah perjalanan yang dibentuk oleh masalah pelanggan serta tahun 2025 yang menjadi antara bab paling transformatif dalam sejarah kami.

Dibina Secara Tradisional: Manusia Didahulukan, Sentiasa

Pada peringkat awal, idea sebuah “startup” kedengaran cukup mengujakan. Kami mengimpikan sebuah platform digital sepenuhnya untuk alat ganti automotif. Namun realiti mengajar kami satu perkara penting: teknologi semata-mata tidak membina kepercayaan. Manusia yang membinanya.

Maka kami turun padang. Dari pintu ke pintu. Menjawab panggilan sendiri. Menghantar bateri dengan tangan kami sendiri.

Bertahun-tahun lamanya, Bateriku berkembang melalui interaksi manusia yang sebenar. Setiap kerosakan, setiap perbualan, setiap bantuan di tepi jalan mengukuhkan satu kebenaran: manusia mempercayai manusia terlebih dahulu. Prinsip inilah yang menjadi asas kepada segala yang kami bina.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-1.webp

Daripada Premis Fizikal kepada Platform Digital

Apabila Bateriku berkembang, pemahaman kami tentang skala dan kelestarian juga turut matang. Kami sedar bahawa bergantung sepenuhnya kepada proses manual akhirnya akan mengehadkan impak kami. Pendigitalan bukan bertujuan menggantikan sentuhan manusia, tetapi untuk mengukuhkannya.

Kami mula mendigitalkan logistik, pengurusan inventori, penyelarasan perkhidmatan, dan sokongan pelanggan. Ini membolehkan kami membina rangkaian pemenuhan pesanan yang cekap di lapangan, sambil menyediakan pasukan kami dengan alat yang lebih baik untuk beroperasi. Bengkel menerima sokongan bernilai tambah. Juruteknik bekerja dengan lebih pintar. Pelanggan menikmati perkhidmatan yang lebih pantas dan boleh dipercayai.

Inilah titik perubahan kami. Bateriku bukan lagi sekadar penyedia bantuan tepi jalan. Kami sedang berevolusi menjadi sebuah platform digital yang menghubungkan bahagian-bahagian industri automotif yang sebelum ini terpisah, menjadi satu sistem yang berfungsi.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-2.webp

2025: Tahun Kehadiran Kukuh dalam Industri

Tahun ke-11 kami menandakan lonjakan besar. Pada tahun 2025, kami mengukuhkan asas digital melalui kerjasama strategik bersama ACO Tech, sekali gus mempercepatkan transformasi kami sebagai pemudah cara mobiliti berasaskan teknologi.

Kerjasama ini membolehkan kami melangkaui perkhidmatan kecemasan dan mula membentuk keseluruhan pengalaman pemilikan kenderaan (Vehicle Ownership Experience, VOE). Penyelenggaraan ramalan, analitik berasaskan data, dan penyelarasan perkhidmatan yang lebih pintar bukan lagi sekadar idea masa depan. Ia sedang dibangunkan hari ini.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-10.webp

Kolaborasi menjadi teras utama pada tahun ini:

  • Menandatangani MOU bersama UiTM MASMED dan Politeknik Sultan Azlan Shah bagi memperkasa bakal usahawan dan profesional masa depan
  • Menjalin kerjasama dengan Carsome dan Econili untuk meluaskan impak ekosistem
  • Menjadi penyedia stesen pertukaran bateri Ryde EV bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik
  • Melancarkan versi baharu Bateriku Digital untuk mempercepatkan pendigitalan industri secara menyeluruh
  • Memperkenalkan GGR Batteries by Bateriku seiring dengan pelancaran motosikal elektrik pertama GGR Motor, Lion G1. Kerjasama ini meletakkan Bateriku sebagai penyedia sokongan teknikal dan perkhidmatan selepas jualan utama melalui lebih 250 Pitstop di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-11.webp

Tahun 2025 juga menyaksikan penglibatan aktif kami dalam pelbagai pameran dan persidangan utama, bagi berkongsi pandangan, belajar daripada rakan industri, serta membina kerjasama bermakna. Antaranya:

Di peringkat global, Bateriku berbangga mewakili Malaysia di World Expo 2025, di samping terus aktif dalam pelbagai ekspo dan pameran tempatan untuk berhubung dengan peneraju dan inovator industri.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-7.webp

ASTRA: Meningkatkan Piawaian Industri

Antara pencapaian terbesar kami tahun ini ialah pelancaran ASTRA, yang diadakan di gudang kami sendiri. Ia melambangkan sejauh mana kami telah melangkah.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, bersama YBhg. Datuk Omar Syariff Mydeen, Pengerusi, SIRIM Q.A.S International Sdn. Bhd., and Ts. Encik Md. Adha Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Q.A.S International Sdn. Bhd.

Majlis ini juga mendapat sokongan penuh dariapda rakan strategik dan agensi kerajaan termasuk wakil daripada MARA, PUNB Auto Pro, Petronas Auto Expert, Mannol Malaysia and Lubrex Malaysia.

ASTRA mencerminkan komitmen kami terhadap kualiti, pematuhan, dan inovasi:

  • Pensijilan SIRIM untuk semua SKU
  • Makmal Kualiti pertama, “Makmal Hijau”, bagi memastikan piawaian dipatuhi
  • Perlindungan GPA Takaful melalui Biru Insurtech
  • Jaminan nasional di seluruh negara

Di tempat yang sebelum ini tiada piawaian, kami membantu menentukannya. Bukan melalui peraturan semata-mata, tetapi dengan menyelesaikan masalah sebenar di lapangan.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-4.webp

Melihat Peluang Sebenar: Menggabungkan Industri Yang Berpecah

Industri mobiliti melayani jutaan pemilik kenderaan setiap hari, namun sebahagian besarnya masih tidak formal, terpisah, dan ketinggalan zaman. Bengkel beroperasi secara silo. Pengedaran alat ganti kurang ketelusan. Data sama ada berselerak atau langsung tiada.

Seperti mana ramai menganggap McDonald’s sekadar syarikat makanan segera, sedangkan kekuatan sebenar mereka terletak pada hartanah, kami menyedari perkara yang sama tentang perniagaan kami. Peluang sebenar bukan sekadar bateri. Ia adalah pendigitalan.

Industri ini memerlukan tulang belakang. Satu sistem yang menghubungkan bengkel, pembekal, rakan logistik, syarikat insurans, dan pelanggan. Maka daripada bersaing dalam ekosistem yang berpecah, kami memilih untuk membinanya semula.

Kami bertanya kepada diri sendiri: bagaimana jika kerosakan dapat diramal sebelum ia berlaku? Bagaimana jika bengkel, trak tunda, dan juruteknik boleh beroperasi dengan kecekapan bertaraf dunia? Bagaimana jika Malaysia dan Asia Tenggara menjadi penanda aras global bagi infrastruktur mobiliti digital?

Itulah masa depan yang sedang kami bina.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-5.webp

Apa Seterusnya: RSA.my, Platform SaaS

Pada tahun 2025, kami mula membuat persiapan secara senyap untuk salah satu pelancaran terpenting kami, RSA.my.

RSA.my ialah platform SaaS kami yang dibangunkan berdasarkan pengalaman operasi sebenar, data lapangan bertahun-tahun, serta kerjasama rapat dengan bengkel dan rakan mobiliti. Ia direka untuk membantu pengendali bantuan tepi jalan, bengkel, dan pemain industri mobiliti beroperasi dengan lebih pintar, pantas, dan menguntungkan.

Secara amnya, RSA.my akan memberi tumpuan kepada pengurusan bantuan tepi jalan yang lebih pintar, pengagihan tugasan dan kecekapan respons yang lebih baik, analitik dan pandangan berasaskan data untuk pengendali dan rakan serta integrasi lancar antara perkhidmatan.

RSA.my bukan dibina secara teori. Ia dibangunkan dari bawah, dibentuk oleh ribuan kes sebenar dan cabaran operasi di seluruh Malaysia.

Memperkasa Rakan Niaga melalui Digital Partner (Program Afiliasi Bateriku)

Seiring dengan perjalanan SaaS kami, kami turut memperluaskan peluang kepada usahawan dan perniagaan melalui program afiliasi kami, Bateriku Digital Partner. Program ini membolehkan rakan berkembang bersama kami sebagai sebahagian daripada ekosistem digital.

Sama ada bengkel, penyedia perkhidmatan, rakan perniagaan, atau individu, program ini direka untuk mencipta nilai bersama, bukan pertumbuhan sebelah pihak sahaja. Kami memulakan inisiatif ini dengan Petronas MESRA. Sehingga kini, lebih 100 cawangan MESRA telah berdaftar dan membantu menyokong pemilik kereta yang terkandas di stesen Petronas di seluruh negara. Ia mencerminkan kepercayaan kami bahawa sesebuah ekosistem hanya berfungsi apabila semua pihak mendapat manfaat.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-6.webp

Tingkatkan Kemudahan dengan FATIN AI

Bateriku juga telah memperkenalkan FATIN, pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk mentransformasikan pengalaman perkhidmatan bateri kereta tradisional. FATIN menggantikan menu IVR yang kaku dengan interaksi suara semula jadi dan pelbagai bahasa, membolehkan sistem memahami serta memberi respons secara langsung kepada permintaan pelanggan. Fatin memudahkan keseluruhan proses perkhidmatan atas permintaan, daripada penjadualan penggantian bateri dan semakan stok hinggalah kepada penghantaran juruteknik.

Kini berada di peringkat akhir ujian bersama Pusat Perhubungan 24/7 Bateriku, FATIN dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kesilapan apabila dilancarkan sepenuhnya, sekali gus memperkukuh pengalaman pelanggan kami di seluruh negara.

Melangkaui fungsi perkhidmatan bateri, FATIN sedang berkembang menjadi pembantu penjagaan kenderaan ramalan (predictive car concierge) yang memantau data kesihatan kenderaan secara proaktif dan menghantar peringatan peribadi sebelum isu seperti kegagalan bateri berlaku. Ini membantu pelanggan merancang penyelenggaraan pencegahan dengan lebih awal.

Dengan integrasi menyeluruh bersama sistem Bateriku serta ekosistem bengkel, juruteknik, logistik, dan pemprosesan kewangan, FATIN bukan sahaja menghubungkan pemandu kepada perkhidmatan yang tepat, malah menyokong keperluan penyelenggaraan kenderaan yang lebih luas, mengurangkan risiko kerosakan, dan meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan secara keseluruhan.

Digalas oleh Manusia, Dipacu oleh Masa Depan

Tiada satu pun daripada ini berlaku dalam sekelip mata. Ia dibina melalui usaha, ketahanan, dan komitmen BHeroes, BBuddies, Bpreneurs, serta seluruh pasukan kami yang terus menolak sempadan setiap hari.

from-single-battery-to-digital-mobility-ecosystem-8.webp

Kami percaya syarikat tempatan mampu membina platform bertaraf dunia. Kami percaya bantuan tepi jalan boleh berkembang menjadi penyelesaian mobiliti ramalan. Dan kami percaya infrastruktur digital adalah kunci untuk menjadikan industri mobiliti lebih cekap, telus, dan mampan

Dibina oleh rakyat Malaysia dengan aspirasi untuk berkembang melangkaui sempadan.

Ketika kami melangkah ke tahun ke-12, misi kami kekal jelas: membina sebuah ekosistem mobiliti pintar yang menghubungkan kenderaan dengan perkhidmatan, pembaikan, pasaran, bantuan tepi jalan, serta pengalaman digital yang kini diharapkan oleh para pemandu.

Kami sentiasa mencari cara dan pendekatan untuk menambah baik pengalaman pelanggan, setiap masa, tanpa henti. Di Bateriku, kami bukan sekadar membantu orang kembali bergerak; kami membantu seluruh industri melangkah ke satu tahap yang baharu.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read