19 Oct 2026

Bateriku Raih Tempat Kedua BRO Bowling 2026 Dengan 1,642 Pin

medium_261019-bateriku-bro bowling tournament 2026 03.webp

Bateriku berjaya duduki tempat kedua dalam pertandingan boling anjuran Bumiputra Retailers Organization (BRO). BRO Bowling Tournament 2026 telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk pada 17 Oktober 2026.

Pasukan Bateriku diterajui Najmuddin Zaki selaku pengurus pasukan bersama-sama ahli pasukan iaitu Damia Sabrina, Syed Hasrul, Ikhwan Sheridean, dan Nurul Nadhirah berjaya menjatuhkan sejumlah 1,642 pin dalam tiga set. Jatuhan tersebut meletakkan mereka di belakang Habib Jewels A selaku juara dengan 1,783 jatuhan dan di atas Me’nate A sebagai tempat ketiga dengan 1,610 pin.

261019-bateriku-bro bowling tournament 2026 02.webp

Prestasi individu yang mantap dalam pasukan Bateriku

Selain menduduki tempat kedua, ahli pasukan boling Bateriku juga mempamerkan prestasi yang amat membanggakan. Ikhwan Sheridean merangkul anugerah bowler terbaik untuk kategori lelaki apabila menyumbang 565 jatuhan pin untuk pasukannya, tertinggi dalam pertandingan tersebut.

261019-bateriku-bro bowling tournament 2026 05.webp

Dalam kategori bowler wanita, Nurul Nadhirah menyudahkan pertandingan di tangga keenam dengan jatuhan pin sebanyak 338. Sebagai rujukan, Raihana Izrin yang menjuarai kategori wanita menjatuhkan 454 pin ataupun 119 pin di hadapan wakil wanita Bateriku.

261019-bateriku-bro bowling tournament 2026 01.webp

22 pasukan berentap di BRO Bowling Tournament 2026

Pertandingan boling tahunan anjuran BRO itu disertai pelbagai syarikat dan organisasi yang berada dalam Bumiputra Retailers Organization. Sebanyak 22 pasukan termasuk Bateriku telah menjayakannya. Antara organisasi yang telah menghantar pasukan adalah seperti Habib Jewels, World Travel Ambassador, S Asia, PUNB, Me'nate, Telekung Tea, Kapten Batik, Standard Chartered, Nasi Lemak Saleha, Nimroc, Mydin, Ekuinas, Jakel, Omar Ali, Serai, Qidot dan Cermin Pro.

261019-bateriku-bro bowling tournament 2026 04.webp

Bateriku melihat BRO Bowling Tournament 2026 lebih daripada pertandingan persahabatan. Ia malah menghimpunkan organisasi daripada segenap sektor perniagaan yang diceburi bumiputra lantas mewujudkan potensi kerjasama strategik dalam kalangan peserta. Acara seperti ini turut memupuk gaya hidup sihat dan bolehkan peserta beramah mesra di luar landskap kerja.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read