23 Jan 2026

BBuddy bantu bengkel kecil berkembang tanpa MOQ

medium_260120-bateriku-bbuddy 01.webp

Bateriku mengoperasikan ekosistem automotif yang mencakupi seluruh Malaysia. Ia direka untuk boleh diskala besar dan berdaya tahan tinggi. Menjadi tunjang kepada ekosistem ini adalah BBuddy, satu kerangka kerja yang mengendalikan pengedaran bateri Astra.

Sistem pengedaran multisaluran BBuddy untuk pertumbuhan mampan

Bateriku Bbuddy beroperasi merentasi beberapa segmen pelanggan. Mereka ada pelanggan dalam segmen Business-to-Consumer (B2C), Business-to-Workshop (B2W), dan Business-to-Business (B2B). Daripada perspektif pertumbuhan dan pengurusan risiko, B2W dan B2B boleh dianggap sebagai kaedah tak secara langsung Bateriku menyampaikan produk kepada pengguna.

  • B2W memacu penembusan pasaran melalui bengkel dan kedai-kedai barangan automotif.
  • B2B sumbang angka jualan yang stabil menerusi kerjasama korporat.

260120-bateriku-bbuddy 02.webp

Strategi saluran majmuk ini berjaya kurangkan kebergantungan Bateriku kepada saluran tunggal dan dalam masa yang sama menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan berskala Bateriku.

B2W: Penembusan pasaran diperkasa impak rangkaian

Menggunakan model B2W, Bateriku membekalkan bateri Astra secara langsung kepada bengkel, kedai tayar, dan perusahaan automatif lain. Dalam kes ini, Bateriku memposisikan diri mereka sebagai pembekal utama sementara entiti yang mengendalikan end-user melengkapkan kitaran jualan ataupun pemasangan.

260120-bateriku-bbuddy 03.webp

Ekosistem B2W Bateriku kukuh dan berstruktur. Ia dilengkapi sistem penyertaan yang efisien, prosedur operasi yang komprehensif, dan penambahbaikkan berterusan. Setakat hari ini, lebih 2,700 bengkel telah menyertai rangkaian pengedaran Bateriku dengan hampir separuh daripadanya berada dalam Lembah Klang, antara lokasi paling aktif aktiviti komersial di Malaysia.

260120-bateriku-bbuddy 04.webp

Sebagai sistem sokongan, Bateriku turut mengendalikan lebih 250 outlet penjualan bateri yang beroperasi setiap hari sepanjang tahun untuk memastikan bekalan bateri Astra yang diperlukan pemandu di Malaysia tidak terputus walau sehari.

Bateri Astra yang diedarkan bukan alang-alang. Ia satu produk bernilai tinggi dengan ciri-ciri seperti:

  • pensijilan SIRIM untuk semua SKU
  • sokongan jaminan di seluruh negara
  • tiada kuantiti tempahan minimum (MOQ)
  • perlindungan insurans kelompok (GPA) sehingga RM7,000.

260120-bateriku-bbuddy 05.webp

Daripada segi prestasi, rangkaian B2W menyaksikan ribuan bateri berjaya diedarkan dalam masa sebulan. Ada antara outlet yang berjaya mencatatkan penjualan melebihi 50 unit bateri sebulan. Seiring dengan peluasan rangkaian, semua rakan niaga yang berada di dalamnya turut akan merasai manfaatnya.

B2B: Jamin aliran stabil, perkukuh imej jenama

Segmen B2B adalah pelengkap kepada B2W Bateriku. Ia beri fokus kepada bahagian yang tidak dicakupi B2W iaitu usaha sama dengan organisasi korporat dan operator fleet berskala besar. Antara rakan niaga yang bekerjasama dengan Bateriku adalah seperti Petronas AutoExpert, JV Autoluba, dan Carsome.

260120-bateriku-bbuddy 06.webp

Pengoperasian B2B majoritinya tertumpu pada kontrak pembekalan yang menjanjikan bekalan yang konsisten serta sokongan selepas jualan yang lebih komprehensif, sesuatu yang sangat kritikal kepada rakan niaga Bateriku yang pastinya tak mahukan operasi direncatkan disebabkan bekalan bateri tak mencukupi.

Pada segi perspektif pemegang taruh Bateriku, usaha sama ini berikan kelegaan daripada segi perolehan boleh jangka, kestablian margin keuntungan, dan dalam masa yang sama memantapkan kebolehpercayaan pengguna terhadap jenama Astra di peringkat perusahaan.

Autohaus KL guna Astra sejak 2023

“Kami telah menggunakan Bateri Astra sejak 2023. Ia mampu milik, dilindungi jaminan seluruh negara, CCA tinggi, dan ada sijil SIRIM. Takaful GPA adalah nilai tambah yang kuat dan tidak ditawarkan oleh jenama lain”.

260120-bateriku-bbuddy 07.webp

Kredit: Autohaus KL

JV Autolube yakin dengan servis selepas pembelian Astra

“Penghantaran bateri Astra pantas dan prestasinya boleh diyakini khususnya untuk kenderaan dengan sistem push-start. Jaminan setahun seluruh negara berikan rasa andal dan bina kepercayaan dalam kalangan pelanggan.”

260120-bateriku-bbuddy 08.webp

BBuddy bantu perniagaan berkembang

BBuddy direka untuk membanteras halangan operasi dan kewangan yang dihadapai bengkel setiap hari. Tanpa halangan itu, bengkel dapat tumpukan pada perkara yang lebih penting iaitu melayan pelanggan mereka dan seterusnya memajukan perniagaan.

Menyertai ekosistem BBuddy bermakna bengkel beroleh ekses kepada sistem sokongan yang utuh dan melangkaui aspek pembekalan bateri. Ini kelebihan yang dinikmati peserta BBuddy.

Bekalan bateri tak putus

Waktu operasi pembekalan Astra bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam melalui ratusan outlet Bateriku di seluruh negara. BBuddy boleh yakin yang stok bateri sentiasa ada walaupun pada waktu puncak. Tiada masa senggang, tiada terlepas pelanggan.

Risiko rendah, keyakinan tinggi

Semua bateri Astra yang dibekalkan kepada BBuddy telah mendapat pengiktirafan SIRIM dan dilindungi jaminan sehingga 20 bulan lamanya. Perlindungan jaminan bateri Astra daripada Bateriku meliputi seluruh negara. Kalau ada masalah, boleh hubungi mana-mana outlet Bateriku berhampiran.

Tak rungsing simpan stok

Bengkel kecil yang tak punyai ruang untuk simpan stok bateri tak perlu risau. Tiada deposit dekenakan dan tiada unit pesanan minimum (MOQ) dikenakan. Ia bolehkan bengkel daripada apa-apa saiz menerima manfaat ekosistem BBuddy Bateriku.

Sokongan perniagaan sebenar

Sebagai rakan niaga BBuddy, bengkel peserta adalah sebahagian daripada ekosistem automotif yang besar. Mereka menikmati aliran pelanggan yang tinggi daripada Bateriku.com dan mendapat tempias kesan aktiviti pengiklanan yang dijalankan daripada Bateriku.

Sokongan selepas pembelian 24/7

BBuddy ada akses pusat perkhidmatan pelanggan 24/7. Sebarang isu selepas jualan seperti tuntutan jaminan boleh disalurkan kepada pihak Bateriku yang akan kendalikan semua proses tuntutan bagi pihak BBuddy. Perkara ini kurangkan perkara-perkara pengkeranian yang perlu ditanggung bengkel.

B2W x B2B: Sinergi Strategik Sistem Sasa

Gandingan mantap B2W dan B2B telah mewujudkan satu sistem pertumbuhan yang seimbang buat bateriku:

  • B2W pacu pertumbuhan pasaran di bahagian pengguna akhir.
  • B2B sedia aliran konsisten dan perkuat jenama

Ia membolehkan cakupan perkhidmatan yang lebih luas, kurangkan risiko daripada bergantung kepada satu saluran, dan wujudkan sistem berdaya tahan tinggi. Bagi menjana permintaan, kedua-dua segmen turut beri penekanan pada aspek kesedaran dalam kalangan pengguna akan kepentingan untuk “Tukar Sebelum Kong”.

260120-bateriku-bbuddy 09.webp

Kerangka kerja Bbuddy berjaya mewujudkan platform pengedaran yang boleh diperbesar secara berskala berbanding model pengedaran tradisional hasil paduan B2W dan B2B. Daripada masa ke masa, rangkaian ini berkembang dengan penyertaan bengkel dan organisasi korporat baharu untuk terus perkuatkan Bateriku sebagai peneraju sektor bateri automotif Malaysia.

Peluang Kerjasama Strategik Ekosistem Bateriku

Sertai program BBuddy Bateriku dan kembangkan perniagaan bersama-sama yang lain dalam eksistem automotif yang berstruktur dan kompetetif. Sama ada anda mengusahakan bengkel, kedai kereta atau nak jadi rakan strategik, BBuddy tawarkan peluang kerjasama jangka panjang bertunjangkan jenama, sokongan operasi, dan jenama yang boleh dipercayai.

Nombor yang boleh dihubungi sekiranya anda berminat:

  • Saiful Najib: +6014275 9778
  • Razzaq Zubir: +6013442 2189
  • Naqib Izzat: +60132679351
  • Admin: +60192627845 / +60193770276
  • Email: b2wteam@bateriku.com
Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read