7 Apr 2026

Bateriku bekerjasama dengan Tourism Selangor sempena Visit Malaysia 2026

medium_260406-bateriku-bateriku x tourism selangor visit selangor 2026 01.webp

Bateriku mengumumkan secara rasmi kerjasama mereka dengan Selangor Tourism melalui satu acara pertukaran memorandum kerjasama yang diadakan di Matta Fair 2026. Wakil Bateriku En. Sufian Yusof (Ketua Pegawai Operasi Bateriku) telah bertukar dokumen dengan Puan Chua Yee Ling (Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Tourism). Acara tersebut turut disaksikan oleh Y.B. Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan untuk negeri Selangor.

Kerjasama ini akan meletakkan Bateriku sebagai rakan rasmi breakdown assistance untuk program Visit Selangor 2026 yang berlangsung selari dengan Visit Malaysia 2026.

260406-bateriku-bateriku x tourism selangor visit selangor 2026 05.webp

Bateriku perkukuh sokongan bantuan tepi jalan sektor pelancongan

Malaysia bakal berdepan dengan ledakan pelancong tahun 2026. Maka, satu sistem bantuan tepi jalan yang ampuh amat diperlukan. Melalui kerjasama ini, Bateriku akan menyediakan bantuan tepi jalan kepada kluster-kluster strategik Tourism Selangor Sdn. Bhd. Ada berbagai-bagai kluster strategik yang bersama-sama memajukan Selangor seperti Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd., Yayasan Warisan Anak Selangor, Yayasan Hijrah Selangor, Semar Selangor Delivery Unit, Universiti Selangor (UNISEL), MediaSelangor, dan banyak lagi.

Selain itu, Bateriku juga berusaha memastikan untuk memastikan tiada sebarang gangguan perkhidmatan disebabkan pengangkutan berlaku ketika pelancong menikmati suasana di Malaysia.

Kesinambungan kerjasama Visit Selangor 2025

Kerjasama Bateri dengan Selangor Tourism bukanlah sesuatu yang baharu. Ia adalah kesinambungan daripada Visit Selangor 2025 apabila Bateriku menggalas tanggungjawab yang serupa. Ia lantas mencerminkan kewibawaan Bateriku dan kepercayaan Selangor Tourism kepada penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan ini.

260406-bateriku-bateriku x tourism selangor visit selangor 2026 06.webp

Pihak kerajaan Selangor pada tahun ini menetapkan objektif untuk menerima lawatan lebih 9 juta pelancong melawat negeri ini. Ia sekali gus memperkukuh tanggungjawab Bateriku untuk menyumbang ke arah pencapaian objektif tersebut.

Nikmati keindahan Selangor tanpa runsing

Visit Selangor Year 2026 yang dipacu Tourism Selangor adalah sambungan kepada kejayaan kempen 2025 mereka. Tahun ini, mereka menggunakan moto “Surprising Selangor” yang merujuk kepada kepelbagaian tema pelancongan yang mampu ditawarkan negeri itu seperti:

  • pengalaman eko-pelancongan berasaskan alam semula jadi
  • aktiviti kembara dan outdoor
  • tarikan kebudayaan
  • taman tema dan lokasi mesra keluarga

Ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan Tourism Selangor sepanjang tahun 2026 semuanya boleh dirujuk di direktori acara Visit Selangor 2026.

260406-bateriku-bateriku x tourism selangor visit selangor 2026 07.webp

Promo “Lebih Jimat, Lebih Tenang” Bateriku

Bersempena dengan kerjasama ini, Bateriku mengadakan promosi di seluruh negara untuk pembelian bateri kereta. Menggunakan kod promo “BTSEL40” sewaktu melakukan pembelian, pengguna akan beroleh diskaun RM40 ke atas harga bateri. Promosi berjalan sepanjang tahun 2026 dan sah sehingga 31 Disember 2026.

Untuk menebus diskaun RM40, pembelian boleh dibuat melalui mana-mana saluran berikut:

  • aplikasi mudah alih Bateriku (Android, iOS)
  • hotline Bateriku 011-1600 6008
  • cawangan Bateriku di seluruh Malaysia

Nikmati keindahan Selangor tanpa runsing

Nikmati keindahan Selangor bersempena dengan Visit Selangor 2026 tanpa risau dengan sokongan Bateriku.

Anda boleh memanfaatkan perkhidmatan tukar bateri dengan cakupan seluruh Malaysia tanpa mengira masa. Selain bateri, bantuan tepi jalan seperti penghantaran petrol/diesel dan penggantian tayar juga ada.

Seandainya masalah lebih serious, perkhidmatan trak tunda juga disediakan untuk bawa anda dengan selamat ke bengkel yang berhampiran.

Rujuk senarai lengkap perkhidmatan di Bateriku.com.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read