Kuala Lumpur, Ogos 2025 - Selepas lebih sedekad berkhidmat kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan di seluruh Malaysia, Bateriku kini mengambil satu lagi langkah penting dalam memastikan kebajikan pekerja turut diberi perhatian seperti pelanggan. Melalui kerjasama dengan BIRU, Bateriku telah menaik taraf skim Group Hospitalisation & Surgical (GHS) dan Group Term Life (GTL) untuk semua kakitangannya.
Langkah ini bukan sekadar penambahbaikan faedah, tetapi juga mencerminkan komitmen syarikat dalam membina persekitaran kerja yang selamat, stabil, dan mampan. Ia juga selari dengan prinsip ESG (Environmental, Social & Governance) yang dipegang Bateriku, khususnya dalam aspek sosial yang menekankan kesejahteraan pekerja.
Bateriku Hargai Warga Kerja Dengan Perlindungan Terbaik
Dalam dunia korporat hari ini, faedah pekerja bukan sekadar ganjaran tambahan, tetapi sebahagian daripada strategi membina organisasi yang mampan. Dengan pertambahan kakitangan Bateriku di seluruh negara, langkah menambah baik perlindungan insurans ini membuktikan bahawa syarikat mengutamakan dan menghargai kakitangan yang membanting tulang memastikan visi syarikat dicapai.
Apa Itu Group Hospitalisation & Surgical (GHS)?
GHS merupakan pelan perlindungan kesihatan yang menyediakan liputan perubatan komprehensif untuk pekerja dan tanggungan mereka. Antara perlindungan yang ditawarkan adalah merangkumi:
- Bilik & katil hospital (swasta/kerajaan)
- Perkhidmatan & kelengkapan hospital
- Yuran pembedahan
- Yuran pakar bius- Caj bilik pembedahan
- Lawatan doktor di hospital
- Elaun tunai harian hospital kerajaan (RM100/hari)
GHS memastikan pekerja Bateriku sentiasa dilindungi sekiranya berdepan dengan kecemasan perubatan atau pembedahan. Tambahan pula, polisi ini adalah patuh Syariah, selari dengan nilai yang dipegang syarikat.
Apa Itu Group Term Life (GTL)?
GTL pula ialah sejenis perlindungan hayat sementara yang melindungi pekerja daripada pelbagai risiko. Antara manfaat utama termasuk:
- Kematian: Perlindungan terhadap semua punca kematian
- Total Permanent Disablement (TPD): Hilang upaya kekal akibat sebarang sebab
- Immediate Death Expenses (IDE): Bantuan segera kepada waris
- Terminal Illness (TI): Perlindungan apabila disahkan penyakit terminal dalam tempoh 12 bulan
Perlindungan ini memberikan jaminan kewangan kepada pekerja dan keluarga mereka, supaya masa depan lebih terjamin walau dalam keadaan sukar.
BIRU: Rakan Strategik Manfaat Pekerja
Langkah besar ini tidak akan berjaya tanpa sokongan BIRU, rakan strategik yang menyediakan akses kepada pelan perlindungan berkumpulan terbaik. Melalui BIRU, Bateriku dapat memastikan setiap pekerja mempunyai perlindungan kesihatan dan kewangan yang kukuh tanpa mengabaikan kepatuhan syariah.
Kerjasama ini juga menggambarkan bagaimana rangkaian perniagaan Bateriku semakin berkembang daripada menjual bateri kereta kepada menyediakan ekosistem automotif yang menyeluruh serta menekankan kepentingan sumber manusia dalam perkembangan syarikat.
Dengan peningkatan manfaat GHS dan GTL melalui BIRU, Bateriku bukan sahaja melabur dalam sistem dan teknologi untuk meluaskan perkhidmatan kepada pelanggan, tetapi juga melabur dalam pekerja sebagai tulang belakang kejayaan syarikat.
Bagi Bateriku, menjaga pelanggan bermula dengan menjaga individu yang berada di dalam organisasi itu sendiri. Memastikan pengalaman kerja yang lebih selamat dan terjamin buat seluruh warga kerja Bateriku.

