28 Jun 2025

Bateriku Sertai Acara Foodpanda Durian Runtuh 2.0

medium_Bateriku-Foodpanda-Durian-Runtuh-2.0-1.webp

26 Jun 2025, Kuala Lumpur - KL Gateway Mall menjadi saksi kepada satu acara penghargaan besar-besaran apabila Foodpanda Malaysia menganjurkan Durian Runtuh 2.0: Anugerah Hero Tapau, khusus untuk meraikan jasa dan usaha para rider ekonomi gig di seluruh negara.

Sebagai salah satu platform penghantaran on-demand terbesar di Asia Pasifik, Foodpanda kini beroperasi di lebih 300 bandar dalam 11 negara. Di Malaysia sahaja, syarikat ini menyokong lebih 50,000 rider, 100,000 rakan niaga yang berdedikasi dalam mentransformasi pengalaman penghantaran rakyat Malaysia. Bateriku turut serta dalam acara ini dengan membuka booth pameran, mempromosi produk bateri motosikal GGR by Bateriku dan juga bateri kereta, Astra kepada para rider.

Menghargai Wira Gig: Bateriku Sertai Acara Durian Runtuh 2.0 oleh Foodpanda

Durian Runtuh 2.0 menyampaikan penghargaan yang luar biasa kepada para rider dengan pemberian pakej Umrah sebagai anugerah utama bersama baucar bernilai RM100 daripada Bateriku. Selain itu, 196 jongkong emas diagihkan kepada penghantar makanan yang terpilih termasuk 14 jongkong 10 gram, 28 jongkong 5 gram, 42 jongkong 2.5 gram dan 112 jongkong emas 1 gram setiap seorang. Ini adalah penghormatan kepada kerja keras dan pengorbanan gig rider yang sentiasa menjalankan tugas, tidak kira hujan atau panas.

Bateriku Komited Bersama Ekonomi Gig

Sebagai syarikat yang turut menggerakkan ekonomi gig melalui juruteknik bergerak kami iaitu BHero, Bateriku berkongsi aspirasi yang sama dengan Foodpanda dalam membina sistem yang menyokong pekerja gig.

“Gig rider bukan kerja biasa, ia tanda semangat luar biasa.”

Bateriku-Foodpanda-Durian-Runtuh-2.0-3.webp

Mengiktiraf Semangat Wira Ekonomi Gig

Dalam ucapan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan keperluan melindungi kebajikan pekerja ekonomi gig:

“Pekerja ekonomi gig perlu dilindungi. Mereka adalah wira yang memastikan kehidupan harian rakyat terus berjalan lancar.”

Bateriku-Foodpanda-Durian-Runtuh-2.0-2.webp

Seperti dilaporkan oleh RTM dan NST, kerajaan kini sedang meneliti semula pelan internet p-hailing Rahmah yang ditambah baik, serta kerangka perlindungan baharu untuk golongan penghantar makanan.

Bateriku, Berdiri Bersama Wira Gig

Dengan lebih 1,000 BHero aktif, 76 BPreneur, dan 2,000 BBuddy di seluruh negara, Bateriku.com terus komited dalam membina ekosistem yang menyeluruh dan inklusif. Akademi Bateriku juga memainkan peranan penting dalam melatih tenaga kerja gig yang berkemahiran dan berdaya saing.

“Anda bukan sekadar menghantar makanan atau bateri, anda menghantar harapan, kepercayaan dan kebolehpercayaan.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bandar Pintar dan komitmen ESG, Bateriku percaya bahawa masa depan pekerja gig lebih cerah dengan sokongan, pengiktirafan dan peluang yang berterusan.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read