Bateriku menyertai program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2026. Program yang berlangsung di Dewan Taming Sari MBMB, Ayer Keroh pada 16 Julai 2026 itu turut disertai disertai agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka seperti Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT), JKR Melaka Tengah, Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka (JPS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, CMI Infra, Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
Ia menjadi platform untuk orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan berinteraksi secara terus dengan agensi serta organisasi yang terlibat. Antara promo yang dijalankan adalah pengurangan 100% caj perkhidmatan cukai taksiran harga, pengurangan 80% semua jenis kompaun MBMB, pengurangan 30% tunggakkan sewa gerai/pasari dan lot niaga dan juga proses tukar nama pemilik harga (borang I) secara percuma.

Sebagai salah satu pempamer, Bateriku mengambil peluang untuk mendekati pengguna jalan raya dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma bagi membantu pemilik kenderaan mengenal pasti keadaan kereta mereka sebelum berlaku masalah di jalan raya.
BHero periksa bateri, alternator dan starter kereta secara percuma
Menerusi aktiviti pemeriksaan kenderaan, pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan 3 perkara utama iaitu:
- Kesihatan bateri kereta
- Keadaan alternator
- Sistem starter
Pasukan BHero Bateriku membantu pemilik kenderaan memahami tahap kesediaan kereta mereka, terutamanya komponen penting yang berkaitan dengan sistem menghidupkan enjin.

Sekiranya pemeriksaan mendapati bateri kereta perlu diganti, pengunjung turut boleh mendapatkan perkhidmatan tukar bateri secara terus di lokasi mengikut keperluan.
Inisiatif ini memberi kemudahan kepada pengguna kerana mereka boleh mengenal pasti masalah bateri lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga kereta mengalami kerosakan atau gagal dihidupkan.

Briged Hijau promosi tanggungjawab pelupusan e-waste berhemah
Selain penjagaan kenderaan, Bateriku turut membuka ruang kepada pengunjung untuk menghantar barangan e-waste bagi tujuan pemprosesan dan pelupusan secara lebih bertanggungjawab.
Inisiatif di bawah Briged Hijau ini selari dengan keperluan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menguruskan sisa elektronik dengan kaedah yang betul, khususnya bagi mengurangkan risiko pencemaran akibat pembuangan tidak terkawal.
Melalui inisiatif ini, orang ramai berpeluang menyumbang kepada amalan kitar semula yang lebih lestari.
Pengunjung berpeluang menang baucar bateri menerusi Mystery Box
Bagi menjadikan penyertaan lebih menarik, Bateriku turut menyediakan aktiviti Mystery Box untuk pengunjung. Peserta berpeluang mencuba nasib untuk memenangi hadiah termasuk baucar bateri bernilai sehingga RM100.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman interaktif kepada pengunjung, malah menjadi peluang untuk Bateriku berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan penjagaan bateri dan penyelenggaraan kenderaan.
Penyertaan Bateriku dalam Hari Bertemu Pelanggan MBMB 2026 mencerminkan komitmen syarikat dalam mendekati komuniti menerusi perkhidmatan automotif yang lebih mudah dicapai, sambil menggalakkan kesedaran terhadap penjagaan kenderaan dan kelestarian alam sekitar.

