11 Feb 2026

Bateriku sokong inisiatif ESG Masjid Biru Behrang 2020

medium_260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 03.webp

7 Februari 2026, Bandar Behrang 2020 - Bateriku berbangga menyokong usaha Masjid Al-Hidayah Behrang (Masjid Biru) dalam usaha menerapkan konsep amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dalam pengurusan mereka. Ia disaksikan sendiri Menteri Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan sewaktu program MADANI Membantu: Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Bersama Komuniti Behrang.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 05.webp

Bateriku sebagai rakan strategik Masjid Biru

Sebagai salah satu komponen dalam ekosistem ESG Masjid Biru, Bateriku turut menyumbang kepada kemajuan tersebut. Sewaktu program, Bateriku telah mengadakan sesi pemeriksaan bateri kenderaan secara percuma kepada ahli-ahli kariah Masjid Biru dan penduduk setempatnya.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 02.webp

Ia mempertingkat kesedaran tentang kepentingan preventive maintenance ke atas kenderaan masing-masing. Perkara ini penting lagi-lagi kepada komuniti yang sangat bergantung kepada kenderaan peribadi sebagai kaedah pengangkutan. Kenderaan yang diselenggara dengan baik tak akan jejaskan aktiviti harian mereka.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 06.webp

Sekiranya penggantian bateri diperlukan, Bateriku menawarkan penukaran Bateri pada harga diskaun. Menggunakan kod promo JPMHEA40, penduduk sekitar boleh dapatkan bateri pada harga RM40 lebih murah.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 04.webp

Inisiatif Masjid Biru jimat kos operasi, ahli kariah nikmati faedah

Di bahagian teras program ESG Masjid Biru adalah sistem solar 27kW yang dipasang untuk mengurangkan kos tenaga elektrik rumah ibadat itu. Mereka telah menyertai program Rumah Ibadat Hijau anjuran MTGC untuk mendapatkan nasihat teknikal tentang cara paling berkesan untuk menjayakan sistem solar pada bangunan mereka.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 01.webp

Hasil daripada program tersebut, pihak masjid juga telah berjaya beroleh RM60,000 dalam bentuk dana daripada Tabung Wakaf Masjid Hijau yang diselia Yayasan Waqaf Malaysia. Menerusi pepasangan sistem solar yang disempurnakan dalam bulan Februari 2025, pihak masjid diunjurkan dapat menjimatkan kos tenaga elektrik sehingga 60 peratus.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 10.webp

Selain daripada tenaga solar, Masjid juga berkerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Program Pemindahan Ilmu untuk memasang sistem penuaian air hujan. Sistem ini mengumpul air hujan yang turt di atas Bandar Behrang 2020 dan ditapis untuk penggunaan domestik seperti wuduk dan cuci-cuci.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 07.webp

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 08.webp

Bateriku salah satu komponen dalam program ESG

Masjid Al-Hidayah mendemonstrasikan satu cara yang cekap untuk menerapkan konsep ESG dalam pengoperasian mereka. Ia sebagai rumah ibadat telah menjadi pemangkin kepada ESG dalam komuniti setempat apabila menyatupadukan rakan strategik daripada sektor swasta untuk menjayakan objektif mereka.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 09.webp

Bateriku berbesar hati telah menjadi salah satu unit dalam inisiatif tersebut daripada segi menyumbangkan kepada solusi automotif yang praktikal kepada penduduk setempat. Lebih penting, ia turut menunjukkan yang inisiatif ESG boleh digerakkan dan menjana hasil yang boleh dinikmati secara langsung oleh komuniti setempat.

Selain itu, Bateriku dan pihak masjid sedang mengadakan perbincangan yang lebih terperinci untuk memperhebat impak ESG kepada komuniti setempat terutamanya dalam penyediaan peluang pekerjaan yang releven serta selari dengan objektif pihak masjid.

Model kelestarian yang digarap pihak pengurusan Masjid Al-Hidayah wajar dijadikan contoh dan diikuti oleh rumah-rumah ibadat yang lain di seluruh Malaysia.

Tukar sebelum kong, dapatkan bateri Astra untuk semua kenderaan

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 11.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read