6 Mar 2026

Bateriku Anjur Majlis Berbuka Untuk Kakitangan Seluruh Malaysia

medium_260306-bateriku-iftar outlet 05 group photo.webp

05 Mac 2026, Shah Alam - Ibu pejabat pengurusan Bateriku telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama semua kakitangannya. Maka pada hari penganjuran, 5 Mac 2026, kesemua mereka telah berhimpun di Paddock 1, TTDI selepas selesai membanting tulang dalam waktu pejabat. Ada yang hadir berpakaian baju melayu, baju kurung, dan baju tradisional lain lantas berikan pemandangan segar berbanding biasa.

260306-bateriku-iftar outlet 05 group photo.jpg260306-bateriku-iftar outlet 08.webp

Majlis berbuka turut diperluas jauh melangkaui khemah kanopi yang disediakan. Pihak pengurusan juga telah menaja juadah iftar untuk semua outlet Bateriku di seluruh negara. Perkara ini memastikan tulang belakang Bateriku yang bekerja keras di lapangan turut diraikan dan sertai semangat Ramadan, sama hangat yang dirasai di ibu pejabat.

260306-bateriku-iftar outlet 01.webp

260306-bateriku-iftar outlet 03.webp

Sementara menanti waktu berbuka, CEO mengambil kesempatan memberikan ucapan kepada semua yang hadir termasuklah yang berada di luar kawasan, secara siaran langsung. Antara intipati ucapan beliau ada menyentuh tentang usia bateriku yang sudah lebih 12 tahun. Daripada sekumpulan kecil orang hinggalah kini hampiri 1,000 kakitangan yang sama-sama bangunkan jenama Bateriku menjadi sesuatu yang dikenali seluruh Malaysia.

260306-bateriku-iftar outlet 02.webp

260306-bateriku-iftar outlet 04.webp

Satu isu penting yang disentuh CEO juga adalah tentang cabaran ekonomi akan datang. Kos pengoperasian dijangka akan meningkat disebabkan pergolakkan geopolitik di Timur Tengah. Semua kakitangan diingatkan untuk terus berdedikasi dalam berkhidmat dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Bateriku harus menjadi jenama yang dipercayai pengguna Malaysia kerana kualiti perkhidmatan dan produk, bukannya jenama bateri murah. Mentaliti sebegini akan berikan nilai tambah dan seterusnya menjarakkan Bateriku daripada jenama pesaing.

260306-bateriku-iftar outlet 07 ceo speech.webp

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduaduanya; (pertama) apabila berbuka dia bergembira dan (kedua) apabila berjumpa dengan Tuhannya, dia bergembira disebabkan (ganjaran) ibadah puasanya itu.”

Tepat pada 7:28 malam, tetamu yang hadir mula menjamah hidangan yang disediakan. Berkonsepkan buffet, nasi tomato yang menjadi asas boleh dipadankan dengan ayam masak merah ataupun daging kurma. Bagi melengkapkan gizi, acar timun dan papadom juga ada sebagai pemeriah. Disamping hidangan utama, sate dan char kuey tiao juga ada khas untuk pencari kelainan.

260306-bateriku-iftar outlet 09.webp

Tak sempurnalah berbuka tanpa pencuci mulut. Di satu penjuru pula, tetamu boleh dapatkan pencuci mulut buah-buahan dan anek kuih buat yang nak sesuatu yang manis.

Sambil menjamah makanan iftar dan bersiap-siap untuk bertarawih, tetamu juga berpeluang melihat pertunjukkan bunga api kecil-kecilan yang diadakan di perkarangan Paddock 1.

260306-bateriku-iftar outlet 07.webp

Majlis seperti ini dapat memperkukuh keakraban dalam kalangan kakitangan Bateriku. Ia mewujudkan peluang perhubungan dalam kalangan mereka di bawah landskap santai dan topik luar daripada kerja dapat dikongsikan. Semangat kekitaan dan persefahaman disuburkan lantas mendukung aspirasi syarikat dalam penyediaan persekitaran kerja yang selesa dan professional.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read