20 Aug 2026

Servis Bateriku capai lebih 470,000 ahli Koop Sahabat

medium_260820-bateriku-bateriku aim innovation sahabat superapp mou 01.webp

Lebih 470,000 ahli Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) menikmati akses mudah bantuan tepi jalan. Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Bateriku (M) Sdn. Bhd. dengan AIM Innovations Sdn. Bhd., salah satunya untuk masukkan khidmat roadside assistance ke dalam Sahabat SuperApp.

Bantuan tepi jalan Bateriku tembusi Sahabat SuperApp

AIM Innovation adalah pembangun Sahabat SuperApp, aplikasi semua dalam satu yang digunakan oleh semua ahli Koop Sahabat.

260820-bateriku-bateriku aim innovation sahabat superapp mou 05.webp

Menerusi kerjasama ini, ahli-ahli koperasi boleh mendapatkan bantuan seperti penukaran bateri kereta terus daripada aplikasi mudah alih mereka. Selain penukaran bateri, ahli koperasi juga boleh memanfaatkan servis lain seperti jumpstart, penukaran tayar, pengisian minyak, dan trak tunda jika diperlukan.

Penukaran bateri kenderaan pada harga istimewa juga boleh dinikmati mereka. Bateriku ada menyediakan promosi seperti kod-kod khas yang ahli koperasi dapat manfaatkan untuk beli bateri kereta pada harga lebih rendah.

Kerjasama Bateriku melangkaui ekosistem Koop Sahabat

Menerusi kerjasama digital yang sedia terjalin menerusi Sahabat SuperApp, ia lantas menjadi batu loncatan kepada kerjasama yang lebih erat antara Bateriku dengan AIM Innovation.

260820-bateriku-bateriku aim innovation sahabat superapp mou 03.webp

Usaha ke arah pemasaran silang dalam ekosistem Amanah Ikhtiar Malaysia juga antara yang dibincangkan. Koop Sahabat mengendalikan pelbagai perniagaan seperti Sahabat Ar Rahnu, Sahabat Gold, Sahabat Ikhtiar Trading, Sahabat Ikhtiar Property, dan Sahabat Ikhtiar Healthcare. Ia lantas berikan peluang kepada Bateriku untuk berikan perkhidmatan kepada lebih ramai orang.

Akademi Bateriku bangun modul penjagaan kereta

Satu lagi perkara yang dibincangkan dalam MoU adalah tentang amalan penjagaan kereta yang betul.

260820-bateriku-bateriku aim innovation sahabat superapp mou 02.webp

Akademi Bateriku bakal menggalas tugas membangunkan modul penjagaan kereta khususnya untuk ahli koperasi wanita yang menekankan tentang cara menjaga kenderaan yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan mereka ketika mengendalikan kenderaan bermotor.

MoU antara Bateriku dan AIM Innovation bakal menggarap sesuatu yang holistik bermula dengan akses digital yang bagi manfaat kapada ahli koperasi dan menyebarluaskan pengetahuan penjagaan kenderaan.

260820-bateriku-bateriku aim innovation sahabat superapp mou 04.webp

Buat koperasi yang ingin menjayakan inisiatif yang serupa, hubungi bahagian pembangunan perniagaan Bateriku di businessdevelopement@bateriku.com.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read