24 Jun 2026

Bateriku dan KKR Ada Misi Sepunya: Kelajuan

medium_260624-bateriku-perhimpunan bulanan jun KKR 01.webp

Di perhimpunan bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) edisi Jun 2026, satu mesej jelas kedengaran daripada ucaptama YBhg. Dato' Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR. Mesej tersebut adalah agenda infrastruktur Malaysia kini tidak lagi berlegar disekitar pembinaan jalan, jambatan, dan aset awam.

Fokus perlu dialihkan kepada sesuatu yang kritikal iaitu kepantasan dalam melaksana dan keupayaan untuk menyyelesakan masalah rakyat dengan pantas, dan berkesan.

Ia bermakna pembangunan hari ini bukan sekadar melihat projek siap sebaliknya bagaimana ia diterjemah kepada impak dalam kehidupan seharian rakyat.

260624-bateriku-perhimpunan bulanan jun KKR 04.webp

Infrastruktur Perlu Fikirkan Rakyat, Bukan Projek Semata

Peranan jalan, jambatan, dan aset awam tidak lagi hanya dilihat pada sudut aset.

Ia sebenarnya adalah pemberi akses rakyat kepada pekerjaan, pendidikan, dan ekonomi. Jambatan pula tidak sekadar hubungkan dua tebing sungai tetapi ia adalah penghubung kepada komuniti. Bangunan kerajaan pula bukan semata-mata struktur gah sebaliknya ketelusan kerajaan dalam berikan perkhidmatan.

260624-bateriku-perhimpunan bulanan jun KKR 03.webp

Prinsip yang nak dikuatkuasakan KKR adalah ringkas tapi penting. Sebarang kelewatan dalam penyampaian akan menjejaskan kualiti hidup rakyat. Perkara ini menjadikan kepantasan dan kebertanggungjawaban adalah elemen penting dalam pengurusan infrastruktur moden.

Salah satu inisiatif yang sedang aktif adalah MyJalan, gagasan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Melaluinya, KKR memantapkan sistem pemantauan penyelanggaraan bagi mengurangkan jalan berlubang dan rosak dengan cara memberikan akses mudah kepada rakyat untuk membuat aduan.

Berdasarkan statistik KKR, pihak mereka telah menerima lebih 63 ribu aduan antara Ogos 2023 hingga Mei 2026 dengan lebih 90% aduan berjaya diselesaikan.

260624-bateriku-perhimpunan bulanan jun KKR 05.webp

Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan polisi No Wrong Door, KKR berjaya menyalurkan lebih 43 ribu aduan berkaitan jalan bandaran, jalan kampung, jalan pertanian, jalan negeri Sarawak/Sabah, dan persendirian kepada pihak yang sepatutnya menyelenggara.

Organisasi yang pantas dalam pelaksanaan berpeluang untuk memberi impak pada rakyat. Oleh sebab itu, KKR menyarankan kakitangannya untuk fokus kepada hasil seperti penyelesaian masalah dan kurangkan masa menunggu berbanding habiskan masa yang banyak bermesyuarat dan memperhalusi proses.

Misi Bateriku Selari dengan KKR

Walaupun berada dalam sektor sewasta, falsafah operasi Bateriku dalam bidang mobiliti adalah selari dengan KKR. Dalam situasi kereta rosak, isu yang dihadapi menjadi sesuatu yang mustahak terutamanya bila ia berlaku di tepi jalan dan di bawah terik matahari.

260624-bateriku-perhimpunan bulanan jun KKR 02.webp

Pada ketika itu, kepantasan dalam penyampaian adalah penting. Perkhidmatan bantuan tepi jalan (RSA) Bateriku dibangunkan berlandaskan prinsip yang berikut:

  • tindak balas pantas untuk kurangkan masa menunggu
  • pemantauan berterusan pusat khidmat pelanggan sehingga isu selesai
  • komitmen untuk bantu kereta bergerak semula secara segera

Tak kira sama ada projek jalan atau kereta sadai, jangkaannya tetap sama iaitu penyelesaian yang tuntas, tangkas, dah berkesan. Dalam kes penyampaian perkhidmatan kerajaan, kelajuan tidak lagi sekadar satu metrik yang diukur tetapi juga ia melambangkan kualiti servis dan kesannya kepada rakyat.

Berbeza sektor, berbeza peranan tapi dengan hala tuju sepunya.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read