Bateriku telah menyertai acara International Conference on Quality & Innovation (ICQI) 2025 anjuran SIRIM. Tema tahun ini adalah “Quality & Sustainability Through AI-Driven Innovation”. ICQI tahun ini menghimpunkan pakar daripada segenap pelosok dunia untuk membincangkan penggunaan AI daripada aspek praktikaliti, kelestarian, dan peningkatan kualiti dalam zaman moden.
Selain pameran reruai, ICQI 2025 turut menganjurkan sesi keynote daripada beberapa individu pakar dalam bidang masing-masing. Salah seorang daripada pembentang ialah YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital. Dalam ucapannya YB menggariskan tiga komponen teras yang sedang diusahakan oleh kerajaan Malaysia dalam menguasai I iaitu infrastruktur, kebolehpercayaan digital, dan bakat. Tambah beliau:
"Infrastruktur menjamin kesediaan, kebolehpercayaan nyalakan keyakinan dan keterlibatan awam, dan bakat memacu kemajuan kearah negara yang bersedia menghadapi masa depan".

4 teras utama ICQI 2025
Strategi AI
- Cara organisasi merancang dan menintegrasikan AI ke dalam aliran kerja.
- Kepentingan untuk menyelarikan pengautomatan pintar dengan kepakaran manusia.
- Menyeimbangkan pengautomatan dengan pertimbangan manusia.
- Penekanan kepada penggunaan AI yang membantu pekerja berbanding menggantikannya.
Pengintegrasian AI secara strategik & transformasi tenaga kerja secara berhemah
- Pengoptimuman AI dan dalam masa yang sama menguruskan perubahan landskap tenaga kerja
- Latihan semula, transisi pekerjaan, dan pemasangan sistem pintar secara berhemah
- Impak AI terhadap industri global terutamanya kebolehsaingan ekonomi.
Data AI: Kualiti & Inovasi
- Kepentingan data berkualiti tinggi untuk pacu inovasi serta memupuk penilaian keputusan secara bijak.
- Perbincangan tentang keutuhan sistem, tatakelola, dan analitik data.
- Cara data mempengaruhi pertumbuhan dan kebolehsaingan.
Infrastruktur AI
- Infrastruktur AI seperti platform awan, kecekapan tenaga, dan seni bina boleh skala.
- Penerokaan ekosistem AI yang hijau untuk menyokong agenda ekonomi lestari
- Kepentingan inovasi untuk hasilkan infrasturktur AI yang tegap dan cekap.
Reruai Bateriku di ICQI 2025
Di ICQI 2025 juga, Bateriku membuka reruai dan pamerkan dua produk hasilan sendiri iaitu bateri automotif serta pengelap (wiper) cermin kereta berjenama Astra.

Selain reruai, seorang wakil daripada Bateriku turut mengadakan pocket talk untuk berkongsikan perihal operasi syarikat ini kepada pengunjung ICQI 2025. Beliau memanfaatkan skrin gergasi di acara itu dengan memperagakan penawaran daripada Bateriku termasuklah:
- bateri automotif Astra
- pengilap cermin (wiper) Astra
- solusi komprehensif bantuan tepi jalan

Bateri Astra penuhi piawaian antarabangsa IEC 60095
Bateri Astra padan dengan pelbagai jenis kereta. Kesemua 28 SKU bateri ini lepasi ujian piawaian IEC 60095 yang bermakna bateri tersebut telah jalani siri ujian yang komprehensif merangkumi aspek elektrik, mekanikal, dan ketahanan. Ia bagi memastikan prestasi yang optimum dan selamat.

Bercerita tengan keselamatan, Astra bateri juga berikan perlindungan tambahan kepada pembelinya. Setiap pembelian bateri Astra akan disertakan sekali perlindungan takaful kemalangan peribadiselama 1 tahun yang merangkumi pampasan:
- kematian RM7,000
- kecacatan kekal RM7,000
- perbelanjaan pengkembumian RM2,000
- perbelanjaan ambulans RM500

Wiper Astra tahan lama, berteknologi Korea
Wiper Astra boleh didapatkan dalam jenis J-hook ataupun push-button untuk dipadankan dengan pelbagai jenis kenderaan. Ia dibina daripada bahan silikon berkualiti tinggi untuk buang air daripada menghalang pemandangan pemandu dengan berkesan hasil penggunaan teknologi daripada Korea.
Rekaan wiper Astra juga mengadaptasikan konsep aerodinamik untuk kurangkan gegaran sewaktu operasi pada kelajuan tinggi.

Bateriku tawar servis ke seluruh Malaysia
Tidak terhad kepada menjual bateri, pengguna turut boleh memanfaatkan solusi komprehensif dikala kecemasan apabila berada di jalan raya. 5 perkhidmatan tambahan yang boleh diguna adalah:
- Khidmat trak tunda
- Khidmat tayar pancit
- Khidmat tukar kunci
- Khidmat penghantaran petrol
- Khidmat jump start

Semua ini boleh diakses bila anda layari laman Bateriku.

