29 Jan 2026

Bateriku Raih Anugerah Perak Putra Aria Brand Awards 2025

medium_Bateriku-Putra-Aria-Brand-Awards-2025.webp

23 Januari 2026, Kuala Lumpur - Bateriku dengan bangganya mengumumkan kejayaan meraih Anugerah Perak di Putra Aria Brand Awards 2025 bagi kategori Pelincir dan Alat Ganti Kenderaan. Pencapaian ini merupakan satu lagi detik penting dalam perjalanan jenama Bateriku, selepas memenangi Anugerah Gangsa pada tahun 2024.

Kejayaan ini mencerminkan pertumbuhan berterusan Bateriku sebagai jenama automotif yang dipercayai, serta keberkesanan strategi pemasaran dan kualiti perkhidmatan yang konsisten di seluruh negara.

Bateriku Raih Anugerah Perak di Putra Aria Brand Awards 2025

Anugerah Berprestij Berteraskan Pilihan Pengguna.

Apa Itu Putra Aria Brand Awards?

Ditubuhkan pada tahun 2022 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Putra Aria Brand Awards diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan penjenamaan merentas pelbagai industri di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan anugerah lain, Putra Aria Brand Awards diukur berdasarkan pertumbuhan keutamaan dan kepercayaan pengguna, menjadikan pengiktirafan ini lebih bermakna kerana ia mencerminkan penerimaan sebenar pasaran terhadap sesuatu jenama.

Disokong Badan Industri Utama

Putra Aria Brand Awards merupakan salah satu daripada dua pengiktirafan yang diendorskan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) sebagai Rakan Juara Jenama. Anugerah ini turut disokong oleh organisasi industri utama seperti Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists Association (MSA) dan Malaysian Digital Association (MDA).

Pada tahun 2025, lebih 180 jenama terkemuka Malaysia telah menerima pengiktirafan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Putra Aria Brand Awards sebagai antara anugerah penjenamaan paling dihormati di negara ini.

Bateriku-Putra-Aria-Brand-Awards-2025-1.webp

Daripada Gangsa ke Perak

Kejayaan meraih Anugerah Perak bukan sekadar peningkatan kedudukan, tetapi bukti jelas kepada kemajuan dan kematangan jenama Bateriku dari tahun ke tahun.

Selepas kemenangan Gangsa pada 2024, Bateriku terus memperkukuh:

  • Strategi penjenamaan yang lebih kukuh
  • Kempen pemasaran bersepadu secara digital dan fizikal
  • Pendekatan pemasaran berasaskan komuniti
  • Konsistensi kualiti perkhidmatan di semua peringkat

Hasilnya, jenama Bateriku semakin dekat di hati pengguna dan kekal relevan dalam pasaran automotif yang sangat kompetitif.

Pengiktirafan Pemasaran Terbaik

Anugerah Perak ini diterima di bawah kategori Usaha Pemasaran Terbaik – Pelincir dan Alat Ganti Kenderaan, yang mengiktiraf pelaksanaan pemasaran Bateriku secara menyeluruh dan berkesan di seluruh Malaysia.

Kejayaan ini didorong oleh kerjasama erat antara, kerjasama menyeluruh pasukan Bateriku:

  • Pasukan Pemasaran, yang merangka strategi dan komunikasi jenama
  • Pasukan Operasi, yang memastikan pelaksanaan berjalan lancar
  • Pengurus dan Eksekutif Negeri, yang memimpin pelaksanaan di peringkat tempatan
  • Pegawai Pitstop, yang berinteraksi secara langsung dengan pelanggan

Kempen dalam talian dan luar talian, termasuk aktiviti penglibatan pelanggan seperti program Mystery Box di seluruh negara, memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran jenama dan kepercayaan pengguna.

“Bateriku melakar satu lagi pencapaian apabila berjaya meraih Anugerah Perak di Putra Aria Brand Awards. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada kepercayaan pelanggan, sokongan rakan industri serta komitmen pasukan Bateriku yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan ini. Ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan.”- Ketua Pemasaran Bateriku, Mikhail Faizi.

Bateriku-Putra-Aria-Brand-Awards-2025-3.webp

“Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Bateriku telah menerima Anugerah Putra Aria bagi Usaha Pemasaran Terbaik dalam kategori Pelincir dan Alat Ganti Kenderaan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan Pemasaran dan Operasi, terutamanya kepada semua Pengurus Negeri, Eksekutif Negeri dan Pegawai Pitstop yang bekerjasama melaksanakan kempen pemasaran dalam talian dan luar talian di seluruh Malaysia. Segala usaha ini akhirnya membuahkan hasil.”

Seiring Jenama-Jenama Besar Industri

Pencapaian ini menjadi lebih bermakna apabila Bateriku disenaraikan bersama jenama-jenama besar seperti Procter & Gamble, Unilever, Auto Bavaria (Malaysia), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan CARSOME.

Berdiri sebaris dengan peneraju industri ini menguatkan aspirasi Bateriku untuk terus berkembang sebagai jenama automotif pilihan isi rumah Malaysia dalam masa terdekat.

Bateriku-Putra-Aria-Brand-Awards-2025-2.webp

Anugerah ini adalah hasil usaha bersama seluruh ekosistem Bateriku:

  • Pelanggan, atas kepercayaan dan sokongan berterusan
  • BHero riders, yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik
  • BPreneur, yang menggerakkan pertumbuhan di peringkat komuniti
  • Rakan bengkel dan perkhidmatan tunda, yang menjadi tulang belakang operasi harian

Pengiktirafan ini adalah untuk anda semua.

Melangkah Ke Hadapan: Sasaran Emas

Dengan liputan perkhidmatan di lebih 300 komuniti di seluruh negara, Bateriku akan terus memberi fokus kepada impak, inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan.

Sasaran seterusnya: Anugerah Emas.

Bateriku-Putra-Aria-Brand-Awards-2025-4.webp

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read