
Rider BTeam bertanggungjawab memastikan setiap tugasan diselesaikan mengikut SLA yang telah ditetapkan serta memastikan peralatan yang dibekalkan lengkap dan berada dalam keadaan baik. Setiap tugasan yang melibatkan pemasangan hendaklah dilakukan dengan kemas dan sempurna. Dalam aspek penghantaran, pemasangan bateri dan waranti servis, RSA perlu membuat penghantaran serta pemasangan bateri (baru, waranti dan sementara) mengikut masa yang dipersetujui pelanggan, melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan pelanggan seperti alternator, starter dan current leakage, memberikan penerangan berkenaan masalah yang ditemui serta menukar bateri sekiranya tiada isu mekanikal pada kenderaan. Rider BTeam juga perlu menguruskan Aplikasi Rider dengan memastikan aplikasi dibuka dan ditutup mengikut waktu shift, sentiasa membuat semakan bagi mengelakkan tugasan tertangguh, melengkapkan setiap tugasan yang diberikan serta membuat pembayaran hasil jualan dalam tempoh ditetapkan. Selain itu, Rider BTeam turut bertanggungjawab melakukan penghantaran bateri ke bengkel jika menerima pesanan (Stock B2W) dan memastikan semua peralatan serta aset syarikat sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.