Our Jobs

LORRY DRIVER (E-KEJUR)

Apply Now

Job Details

Job type icon
Full Time
Location icon
Shah Alam
Department icon
Briged Hijau
Education icon
SPM Or Any Equivalent Certificate

About the role?

Lorry Driver (E) bertanggungjawab menjalankan kutipan dan penghantaran bateri scrap dari bengkel, used car dealer, tapak industri, dan rakan operasi lain. Pemandu perlu memastikan keselamatan lori, pemindahan bateri, serta pematuhan kepada SOP Briged Hijau yang mengurus bahan terjadual (bateri terpakai). Peranan ini adalah kritikal dalam memastikan operasi kutipan bateri berjalan lancar dan efisien.

Key Responsibilities

  • - Melakukan kutipan bateri scrap dari bengkel, used car dealer, tapak industri dan lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh Region Executive.
  • - Memastikan semua bateri dimuat dengan selamat, mengikut SOP keselamatan bahan berat dan bahan kimia.
  • - Menghantar bateri scrap ke Paddock / lokasi penyimpanan mengikut jadual.
  • - Melakukan pemeriksaan harian (daily checklist) sebelum memulakan tugas: minyak hitam, air, brek, lampu, tayar & keselamatan muatan.
  • - Memastikan lori sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan siap untuk operasi.
  • - Melaporkan sebarang kerosakan atau isu mekanikal kepada penyelia dengan segera.
  • - Menggunakan peralatan perlindungan (PPE) seperti glove, safety shoe & apron semasa mengendalikan bateri.
  • - Memastikan bateri tidak bocor, rosak atau disimpan secara salah yang boleh menyebabkan bahaya.
  • - Mengikut semua SOP pemindahan bateri yang melibatkan bahan kimia dan plumbum.
  • - Menguruskan dokumen kutipan seperti borang pickup, rekod berat dan senarai pelanggan.
  • - Memastikan setiap kutipan mendapat pengesahan (signature/stamp) daripada pelanggan.
  • - Mengemas kini laporan harian kepada Region Executive atau penyelia.
  • - Membantu Region Executive semasa loading/unloading sekiranya diperlukan.
  • - Menyokong aktiviti operasi semasa volume kutipan tinggi.
  • - Mengikut route planning yang ditetapkan bagi memastikan perjalanan efisien dan jimat masa.
  • - Mematuhi semua SOP keselamatan, kitar semula bahan terjadual dan garis panduan operasi Bateriku.
  • - Mengikuti arahan operasi daripada Region Executive & Head of Scrap Operation.
  • - Mengamalkan pemanduan selamat dan berhemah setiap masa.
  • - Membantu kerja-kerja lain di Paddock/warehouse apabila tidak melakukan kutipan.
  • - Membantu operasi semasa kecemasan atau arahan khas daripada pihak pengurusan.

Requirements

  • - Lesen E yang sah.
  • - Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman memandu lori (1–5 tan).
  • - Boleh bekerja luar kawasan dan mengikut route planning.
  • - Fizikal cergas untuk angkat barang berat (bateri 15–25kg).
  • - Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu jika perlu.