9 Apr 2026

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak: Bateriku Perkukuh Agenda Kelestarian

medium_Program Madani Rakyat PMR 2026 Perak-1.webp

5 April 2026, Ipoh, Perak – Bersempena Program MADANI Rakyat anjuran Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (PACU), Bateriku (M) Sdn Bhd menyertai program berskala nasional ini sebagai Rakan Strategik (RSA) serta pempamer utama. Program berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 3 hingga 5 April 2026, menghimpunkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta rakan industri dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan mampan negara.

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026: Penglibatan Strategik Bateriku Dalam Agenda Kelestarian Negara

Penyertaan ini selaras dengan aspirasi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam memperkasa pendekatan ekonomi kitaran (circular economy), pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta penerapan prinsip Environmental, Social & Governance (ESG) dalam kalangan rakyat dan industri.

Komitmen Bateriku Menyokong Agenda Kelestarian Negara

Sepanjang Program MADANI Rakyat berlangsung, Bateriku menampilkan pendekatan holistik dalam membangunkan ekosistem automotif yang lebih mampan dan berteraskan mobiliti hijau. Pendekatan ini memberi fokus kepada pengurusan kitar hayat bateri, pengurangan sisa serta pembangunan ekosistem mobiliti masa hadapan.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk:

  • Pengurusan bateri terpakai (ULAB) secara patuh piawaian Jabatan Alam Sekitar (DOE)
  • Rangkaian lebih 250 Pitstop sebagai pusat pengumpulan bateri bertauliah
  • Inisiatif “Second Life Battery” bagi mengurangkan pelupusan sisa industri
  • Pengurusan e-waste melalui kerjasama strategik bersama pemain industri
  • Pembangunan ekosistem mobiliti merangkumi kenderaan ICE, Hybrid dan EV

Pendekatan ini menyokong usaha nasional dalam menangani perubahan iklim, mengurangkan pencemaran alam sekitar serta memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui tadbir urus mampan.

Program Madani Rakyat PMR 2026 Perak-2.webp

Ekosistem Mobiliti Hijau dan Inovasi Teknologi Bateriku

Selain pengurusan sisa dan ekonomi kitaran, Bateriku turut memainkan peranan sebagai hab inovasi mobiliti dan kelestarian melalui pembangunan teknologi serta jaminan kualiti produk.

Antara inisiatif yang dipamerkan:

Pensijilan dan Jaminan Kualiti Produk

  • Pensijilan SIRIM dan IEC bagi jenama ASTRA
  • Makmal Hijau bagi jaminan kualiti dan jangka hayat bateri
  • Pengujian prestasi bateri mengikut piawaian industri

Sokongan Ekosistem Kenderaan Elektrik (EV)

  • Diagnostik bateri kenderaan elektrik (EV)
  • Sokongan teknikal untuk ekosistem mobiliti elektrik

Pembangunan Rangkaian Industri Lestari

  • Rangkaian bengkel bertauliah BGarage berstatus MyHIJAU
  • Pengurusan rantaian bekalan bateri secara mampan
  • Integrasi penyelesaian mobiliti hijau dalam ekosistem automotif

Pembangunan Modal Insan Industri Hijau

  • Latihan teknikal melalui Akademi Bateriku
  • Pembangunan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang bateri dan EV

Sepanjang program berlangsung, rerurai Bateriku ditempatkan di Zon H, bersebelahan MARA serta berhampiran agensi seperti JPJ, KKM dan AADK. Penyertaan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk memahami lebih dekat peranan bateri dalam kelestarian alam sekitar dan mobiliti masa hadapan.

Pengunjung yang hadir berpeluang untuk:

  • Mendapatkan pendedahan mengenai bateri kereta dan motor
  • Memahami konsep ekonomi kitaran serta ESG
  • Mengenali perkhidmatan mobiliti dan ekosistem Bateriku

Program Madani Rakyat PMR 2026 Perak-3.webp

Program MADANI Rakyat 2026 Perak Dirasmikan oleh Perdana Menteri

Program MADANI Rakyat 2026 peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Dalam ucapan beliau, kerajaan menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan walaupun dunia berdepan ketidaktentuan global.

Turut hadir dalam program ini ialah Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian pelbagai inisiatif di bawah Sentuhan Kasih KPKT yang merangkumi:

  • Program Baik Pulih Rumah
  • Program Bina Baharu Rumah
  • Program Rumah Mesra Rakyat
  • Sumbangan Sentuhan Kasih Syawal kepada golongan memerlukan

Program Madani Rakyat PMR 2026 Perak-4.webp

Penyertaan Bateriku Selaras Tema “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”

Penyertaan Bateriku dalam program ini selaras dengan tema “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni” yang menekankan pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat. Dengan jumlah kehadiran melebihi 300,000 pengunjung sekitar Perak, program ini berjaya menjadi platform efektif dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian.

Pada masa sama, penyertaan ini turut memperkukuh kedudukan Bateriku sebagai pemain industri yang menyokong Agenda Hijau Negara serta Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Bateriku merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perdana Menteri khususnya PACU atas jemputan sebagai Rakan Strategik dalam program berskala nasional ini. Kerjasama ini diharap dapat terus diperkukuh dalam usaha membina ekosistem mobiliti yang lebih hijau, selamat dan mampan untuk masa depan Malaysia.

Program Madani Rakyat PMR 2026 Perak-7.webp

Jumpa di Program MADANI Rakyat yang seterusnya.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read