25 Jun 2026

Koperasi Berusia Seabad Jana Untung Guna Ekosistem Bateriku

medium_260625-bateriku-kobat kagum strategic collaboration 05.webp

Sedang landskap ekonomi berubah, koperasi sentiasa cari jalan lestari untuk berikan nilai kepada ahli masing-masing. Maka dengan sebab itu, Koperasi Guru Melau Melaka (KAGUM) telah menjalinkan usaha sama strategik dengan Koperasi Bateriku Berhad (KOBAT). Usaha sama ini mewujudkan aliran baharu untuk menjana pendapatan koperasi menerusi ekosistem Bateriku.

KAGUM ditubuhkan dalam tahun 1926 menggunakan nama asal Sharikat Guru-Guru Melayu Melaka. Ia adalah antara koperasi tertua di Malaysia. Berpaksikan prinsip “Satu Untok Ramai, Ramai Untok Satu”, KAGUM telah tumbuh mekar sepanjang satu abad pengoperasian mereka menjadi institusi yang stabil. Hari ini, mereka memiliki lebih daripada 840 ahli berdaftar yang manjoritinya adalah pesara guru di Malaka.

260625-bateriku-kobat kagum strategic collaboration 06.webp

Berbalik kepada kerjasama KAGUM-KOBAT, pihak koperasi kini berada dalam ekosistem automotif on-demand Bateriku tanpa perlu mengendalikan sebarang stok ataupun mewujudkan infrastruktur fizikal. KAGUM sebenarnya berfungsi sebagai rakan affiliate komuniti yang beri peluang kepada ahli untuk dapatkan servis-servis berkaitan automotif.

Menerusi model ini, ahli-ahli KAGUM akan menjana pendapatan menerusi struktur komisen yang lumayan. Jadi, mereka boleh berkongsi berita baik ini dengan rakan, sanak saudara ataupun orang disekeliling mereka untuk mendapatkan bateri ataupun perkhidmatan bantuan tepi jalan menerusi KAGUM. Pembeli dapat selesaikan masalah, KAGUM dapat komisen.

260625-bateriku-kobat kagum strategic collaboration 07.webp

Ekosistem Bateriku menyediakan pelbagai perkhidmatan automotif yang boleh dimanfaatkan. Mereka ada perkhidmatan seperti penukaran bateri kereta, bantuan tayar pancit, perkhidmatan trak tunda, servis tukang kunci, dan penghantaran petrol/diesel.

Kerjasama ini menunjukkan yang koperasi trandisional seperti KAGUM boleh saja memanfaatkan ekosistem moden untuk menjana nilai kepada ahli-ahlinya. Malahan ia adalah satu inisiatif yang praktikal apabila pihak koperasi tak perlu keluarkan sebarang kos untuk mendapat manfaat daripada potensi pendapatan baharu ini.

Disebebkan dunia kian bergerak ke arah pendigitalan, koperasi-koperasi di luar sana yang masih belum menyertai mana-mana ekosistem digital mungkin akan ketinggalan daripada segi peluang. Hubungi Amirul Azwa di +601120976376.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read