17 Apr 2026

Bateriku Rasmi Cawangan ke-250 di Putrajaya

medium_260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 01.webp

PUTRAJAYA, 16 April 2026 — Bateriku telah merasmikan Pitstop (cawangan Bateriku) ke-250 bertempat di Presint 15, Putrajaya. Ia lantas memperkukuh kedudukan selaku rangkaian penyedia servis penukaran bateri dan batuan tepi jalan terulung di Malaysia. YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Binti Salleh selaku Timbalan Menteri kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melapangkan masa beliau untuk menjayakan majlis tersebut.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 02.webp

Bateriku Presint 15 lokasi strategik Putrajaya & Selangor

Cawangan Bateriku Presint 15 Putrajaya letaknya di Jalan Diplomatik 3/1 adalah strategik kerana ia sangat hampir dengan Pusat Beli Belah Alamanda dan juga berhampiran dengan sempadan Putrajaya-Selangor untuk diakses pengguna berhampiran Kampung Datuk Abu Bakar Baginda. Lokasi ini boleh memanfaatkan kira-kira 250,000 penduduk Putrajaya serta pengguna sekitar Bangi dan Kajang.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 06.webp

Mensasarkan kawasan berkepadatan penduduk tinggi, Bateriku berusaha menyediakan cakupan perkhidmatan menyeluruh dengan meletakkan tanda aras satu cawangan untuk setiap 5km radius untuk mengoptimumkan tempoh renspons dan memenuhi permintaan bantuan kecemasan tepi jalan yang semakin tinggi.

Pelanggan yang mengunjungi Bateriku Putrajaya akan menikmati sistem pembayaran serba lengkap dan fleksibel. Selain pembayaran secara tunai, turut diterima adalah pembayaran menerusi Duitnow QR, kad debit/kredit dan juga ansurans Buy Now Pay Later melalui Atome.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 05.webp

Sementara Bateriku Presint 15 Putrajaya adalah cawangan ke-250, Bateriku sebenarnya sedang mengoperasikan lebih 260 cawangan di seluruh negara. Ia bukan sahaja menjual bateri, malahan berfungsi sebagai pusat khidmat pelanggan untuk servis selepas pembelian ke atas penawaran jaminan di seluruh negara.

Dua lagi cawangan Bateriku sedia ada yang akan menyokong lokasi baharu ini adalah Bateriku Sri Serdang dan Bateriku Kajang Taman Sri Jenaris.

Bateriku bukan sekadar bateri

Nama Bateriku tak terhad kepada penukaran bateri. Ia kini ada senarai perkhidmatan automotif yang pelbagai seperti penukaran tayar, penghantaran petrol, tukang kunci, dan trak tunda. Dalam masa yang akan datang, Bateriku bakal perluaskan penawaran perkhidmatan kepada penukaran cermin kenderaan juga.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 10.webp

Sebagai penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab, Bateriku ingin memastikan pengguna menikmati produk dan perkhidmatan yang sentiasa berkualiti dan mampu milik menerusi beberapa inisiatif yang sedang digarap bersama KPDN. Antara yang sedang dirangka adalah untuk memasukkan beberapa perkhidmatan berkaitan automotif di bawah program RAHMAH.

Pembangunan modal insan juga dititikberatkan. Sehingga kini, Bateriku telah berjaya melatih lebih 1,500 pekerja gig menerusi inisiatif BHero. Pelatih ini telahpun ditempatkan di cawangan-cawangan Bateriku untuk berkhidmat. Ada juga pelatih yang menjadi usahawan apabila membuka cawangan Bateriku secara francais dan terus memperkukuh ekonomi diri sendiri.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 11.webp

Pihak KDN senada dengan apa yang sedang digarap Bateriku. Seperti yang dikongsikan Timbalan Menteri KPDN YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Binti Salleh.:

“Perkhidmatan automotif bergerak ini bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi turut menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan fleksibel dan peningkatan pendapatan rakyat.”

“KPDN melihat perkembangan ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan on-demand yang pantas, mudah dan berasaskan digital, selari dengan gaya hidup pengguna masa kini, ia selari dengan agenda memperkasa ekonomi gig dan keusahawanan tempatan,” kata beliau.

260416-bateriku-hq presint 15 putrajaya 03.webp

Sebelum majlis bersurai, Bateriku mengambil kesempatan untuk menyerahkan sumbangan kepada Rumah Bakti Al Kausar sambil disaksikan oleh YB Senator. Rumah Bakti Al Kausar tidaklah asing buat warga Bateriku. Pertengahan Januari 2026 lalu, lokasi yang sama telah menerima bantuan bersempena sesi persekolahan yang bakal bermula.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read