Bateriku telah membangunkan rangkaian pengedaran bateri automatif yang melangkaui penjualan dan penggantian. Langkah itu diambil kerana setiap penukaran bateri menghasilkan satu masalah sisa sekiranya unit bateri itu tidak diuruskan secara bertanggung jawab. Yang jadi mangsa adalah persekitaran dan manusia sendiri yang terdedah kepada pencemaran plumbum, asid, dan lain-lain bahan cemar.
Maka dengan sebab itu, Briged Hijau ditubuhkan untuk menangani isu sisa bateri untuk setiap transaksi trade-in berlaku. Ia memastikan bateri yang ditukar beli memasuki sistem ekonomi kitaran untuk membolehkan komponen-komponen di dalamnya digunakan semula dan seterusnya meminimumkan sisa.
Briged Hijau Sokong Inisiatif Hijau Kerajaan Malaysia
Inisiatif yang digarap Bateriku ini selari dengan Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia 2017. Pelan induk itu mempromosikan konsep Extended Producer Responsibility (EPR). EPR menggalakkan pengeluar produk untuk memasukkan faktor impak terhadap alam sekitar ke dalam kitaran hayat produk mereka, berbanding membiarkannya menjadi isu sekunder.
Kerajaan Malaysia turut menekankan kepentingan penggunaan sumber secara cekap untuk memastikan kos pengeluaran kekal pada tahap munasabah. Agensi seperti MITI, melalui MIDA, ada mempromosikan Circular Economy Blueprint for Solid Waste (2025-2035). Kerangka kerja ini mensasarkan kepada meminimumkan pencemaran alam menerusi amalan guna dan kitar semula yang menfokuskan pada pergerakkan sumber dalam gegelung tertutup yang mewujudkan sebuah sistem lestari.
Dalam ekosistem Bateriku, Briged Hijaulah yang mendukung tanggungjawab ini.

Dari Pitstop ke Peranan
Briged Hijau menjadi pelengkap kepada Bateriku apabila mereka berperanan sebagai penutup gegelung hayat bateri. Apabila pengguna bersetuju untuk trade-in bateri kereta mereka, BHero akan bawanya pulang ke Pitstop Bateriku. Bateri itu akan dihimpunkan bersama-sama yang lain, dinilai, dan disaring ke dalam salah satu daripada dua kategori iaitu:
- Guna semula: Bateri yang masih ada sisa hayat akan dibaik pulih untuk dijual semula menjadi solusi sementara.
- Kitar semula: Bateri yang tak mampu lagi menyimpan tenaga akan dihantar ke kemudahan kitar semula untuk sumber-sumber berharga di dalamnya diekstrak semula.
Briged Hijau menerima sebarang bateri automotif dan sebarang bateri berasaskan lithium/nikel daripada peranti elektronik seperti telefon dan komputer. Pengguna yang tak pasti di mana lokasi pelupusan yang sesuai boleh hantarkannya ke mana-mana cawangan Bateriku. Mereka mengendalikan kira-kira 40,000 unit bateri sebulan ataupun sekitar 500 tan metrik sisa berkaitan bateri.
Bateri automotif dan lithium/nickel tidak dilupuskan mengunakan saluran yang sama. Untuk bateri elektronik, Bateriku telah bekerjasama dengan Econili Battery New Energy yang memiliki kemudahan mengendalikan pelupusan bateri berasaskan lithium/nikel. Bersama-sama rakan strategik ini, Briged Hijau meminimumkan impak sisa bateri kepada alam sekitar.

Situasi Semasa Sisa Bateri Kereta Malaysia
Merujuk kepada data kerajaan Malaysia untuk pendaftaran kenderaan, sebanyak hampir 15 juta kenderaan penumpang telah didaftarkan dalam tempoh 2000 hingga November 2025 dan angka ini hanya meliputi kereta persendirian dan tidak meliputi motosikal, trak komersial, van, bas, dan lain-lain kenderaan seperti traktor yang semuanya menggunakan bateri automotif.
Dengan anggapan purata hayat bateri kereta adlaah antara 4 hingga 6 tahun, boleh dianggarkan yang 3.2 juta bateri kereta ditukar pada setiap tahun.
Sekiranya inisiatif kitar semula yang cekap tiada, sudah tentu sisa bateri automotif akan beri kesan buruk kepada alam sekitar. Maka dengan kesedaran itu, Briged Hijau ingin menjadi sebahagian daripada solusi dengan melencongkan bateri yang sepatutnya pergi ke tapak pelupusan sampah, kepada memberikan hayat kedua kepada bateri ini.

Kenapa Kitar Semula Bateri Automotif Penting di Malaysia
Kitar semula bateri mampu merungkaikan beberapa isu kritikal di Malaysia, daripada mengayaan sumber hinggalah kepada ancaman kesihatan.
1. Pengayaan Sumber
Malaysia tidak memiliki lombong plumbum. Ia menjadikan kitar semula bateri kereta adalah satu-satunya sumber plumbum untuk pasaran tempatan. 75% daripada permintaan plumbum dalam negara adalah daripada industri automotif. Untuk lebih 25 tahun, kitar semula bateri automotif menjadi sumber penting untuk memenuhi permintaan dalam negara.
2. Perlindungan Alam Sekitar
Bateri automotif menghasilkan sisa dalam kualiti yang banyak. Dengan anggaran 3.2 juta penukaran bateri kereta berlaku pada setiap tahun, Briged Hijau meringankan impak sisa bateri terhadap alam sekitar khususnya pencemaran plumbum ke dalam tanah dan air.
3. Elak Ancaman Kesihatan
Plumbum adalah satu bahan yang sangat toksik. Ia boleh jejaskan hampir setiap organ dalam badan khususnya sistem saraf. Amalan kitar semula yang tak mengikut prosedur di beberapa bahagian Asia telah beri kesan pada penduduk sekitar tempat proses berlaku. Adalah penting untuk kemudahan pemprosesan plumbum dilesenkan supaya boleh dipantau.
4. Rancakkan pertumbuhan ekonomi
Idea “Waste to Wealth” yang dicadangkan dalam Green Technology Master Plan (GTMP) 2017-2030 ada menyentuh tentang ekonomi kitaran mampu mewujudkan peluang menjana keuntungan. Kitar semula bateri memastikan sumber berharga kekal berada dalam gelung kitaran dan kurangkan kebergantungan kepada sumber import. Ia turut membantu perniagaan mencapai piawaian ESG untuk mereka terus berdaya saing dalam pasaran semasa.
5. Memenuhi keperluan polisi
Kitar semula bateri akan bantu Malaysia memenuhi United Nations Sustainable Development Growth daripada segi kebertanggungjawaban terhadap pengeluaran dan penggunaan disamping peluang untuk mendukung Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

Bateriku memudahkan proses kitar semula bateri kereta
Bateriku sentiasa perluaskan rangkaian Briged Hijau ke lebih banyak Pitstop seluruh Malaysia bagi memastikan setiap bateri ada hayat sekundernya yang tersendiri. Buat masa ini, semua outlet bateriku menerima bateri automotif untuk dikitar semula.
Untuk bateri elektronik pula, 10 outlet berikut ada menerima sisa tersebut untuk dikitar semula:
- Bateriku Saujana Utama
- Bateriku Seksyen 7
- Bateriku Kepong
- Bateriku Sri Muda
- Bateriku Ampang
- Bateriku Bandar Saujana Putra
- Bateriku Equine
- Bateriku Permaisuri Cheras
- Bateriku Taman Medan
- Bateriku Sungai Besi
Untuk pertukaran bateri kereta yang seterusnya, Bateriku adalah pilihan yang bijak kerana pengguna boleh yakin yang mereka akan melupuskan sisa dengan bertanggungjawab.

