10 Aug 2026

Bateriku Raih Anugerah Best Roadside Assistance Partner for Tourism di TIA26

medium_Bateriku Wins Best Roadside Assistance Partner for Tourism 2026-1.webp

SUBANG JAYA, 8 Ogos 2026 – Bateriku melakar satu lagi pencapaian selepas menerima pengiktirafan Best Roadside Assistance Partner for Tourism pada Tourism Industry Awards 2026 (TIA26) X Visit Selangor Year 2026.

Bertempat di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, majlis berprestij ini menghimpunkan barisan pemimpin industri pelancongan, wakil kerajaan, rakan strategik serta pihak berkepentingan bagi meraikan kecemerlangan dan sumbangan terhadap ekosistem pelancongan Malaysia.

Acara ini dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) dan dihoskan oleh Tourism Selangor, bersempena Visit Selangor Year 2026.

Bagi Bateriku, malam tersebut bukan sekadar meraikan satu pengiktirafan, malah menjadi simbol kepada perkembangan kerjasama bersama Tourism Selangor yang berteraskan matlamat bersama untuk menjadikan perjalanan di Selangor dan seluruh Malaysia lebih selamat, mudah diakses dan dipercayai.

Bateriku Raih Best Roadside Assistance Partner for Tourism di Tourism Industry Awards 2026

Sebelum acara rasmi bermula, Bateriku membuka ruang interaktif menerusi rerurai di lounge area untuk berinteraksi dengan tetamu, pemain industri pelancongan dan para jemputan.

Rerurai tersebut memperkenalkan ekosistem automotif Bateriku serta peranannya dalam menyokong inisiatif Pelancongan Selamat, khususnya melalui akses kepada perkhidmatan roadside assistance yang lebih mudah untuk pengguna jalan raya ketika melakukan perjalanan di seluruh Malaysia.

Bateriku Wins Best Roadside Assistance Partner for Tourism 2026-2.webp

Aktiviti ini turut memberi peluang kepada tetamu untuk mengenali dengan lebih dekat bagaimana bantuan tepi jalan boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan, terutamanya apabila berlaku kecemasan kenderaan yang tidak dijangka sepanjang perjalanan.

Menjelang permulaan acara rasmi, para tetamu mula memenuhi Grand Lagoon Ballroom sebelum ketibaan barisan VIP dan pemimpin industri pelancongan. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ialah YB Tuan Chiew Choon Mandan, YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Negeri Selangor bagi Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, bersama pemimpin industri, wakil organisasi serta rakan strategik.

Memperkukuh Aspirasi Pelancongan Selangor

Majlis diteruskan dengan ucapan yang menekankan kepentingan pemain industri pelancongan dalam menyokong pertumbuhan dan daya saing Selangor. Dalam ucapan beliau, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari menekankan sumbangan pemain industri pelancongan dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai antara destinasi pelancongan utama Malaysia.

Selangor merekodkan 36.4 juta pelawat domestik pada 2025, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri paling banyak dikunjungi di Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2021. Menerusi Visit Selangor Year 2026, negeri Selangor menyasarkan 9 juta pelancong, sekali gus memperkukuh aspirasi untuk menjadikan Selangor sebagai salah satu pintu masuk utama pelancongan negara.

Sementara itu, Kapten (R) Mahadzir Tan Sri Mansor, Presiden MITDA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur TIA26, menyifatkan TIA26 sebagai platform penting untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang memainkan peranan dalam pembangunan industri pelancongan Malaysia.

Majlis tersebut turut mengingatkan bahawa kejayaan sektor pelancongan bukan hanya bergantung kepada tarikan dan destinasi. Ia turut disokong oleh pelbagai perniagaan serta penyedia perkhidmatan yang bekerja di sebalik tabir bagi memastikan pengunjung dapat bergerak, meneroka dan menikmati pengalaman mereka dengan lebih yakin.

Bateriku Wins Best Roadside Assistance Partner for Tourism 2026-4.webp

Bateriku Dinobatkan sebagai Best Roadside Assistance Partner for Tourism

Antara kemuncak utama malam tersebut ialah sesi penyampaian anugerah apabila Bateriku (M) Sdn Bhd dinobatkan sebagai Best Roadside Assistance Partner for Tourism.

Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan Bateriku dalam mengintegrasikan perkhidmatan bantuan tepi jalan ke dalam ekosistem pelancongan, selain menyokong inisiatif Pelancongan Selamat yang diterajui Tourism Selangor.

Kerjasama antara Bateriku dan Tourism Selangor dimeterai secara rasmi pada Mei 2026 menerusi kerjasama strategik yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan perjalanan darat serta sokongan terhadap ekosistem pelancongan digital di Selangor.

Menerusi kerjasama tersebut, Bateriku berperanan sebagai Official Roadside Assistance Partner bagi inisiatif Tourism Selangor, selain menyokong aktiviti promosi bersama yang berteraskan Pelancongan Selamat. Kerjasama ini kemudiannya berkembang daripada sekadar perjanjian strategik kepada sokongan yang memberi impak secara langsung kepada pelancong dan pengguna jalan raya.

Bateriku Wins Best Roadside Assistance Partner for Tourism 2026-3.webp

Lebih 50 Kes Roadside Assistance Pelancong Diselesaikan

Sejak April 2026, Bateriku telah berjaya membantu menyelesaikan lebih 50 kes bantuan tepi jalan menerusi inisiatif promosi di bawah kerjasama pelancongan tersebut, dengan purata kira-kira 10 kes sebulan. 500 kes pula diselesaikan dalam kawasan tumpuang pelancong di negeri Selangor.

Kes-kes ini membuktikan nilai praktikal integrasi perkhidmatan roadside assistance dalam pengalaman pelancongan, khususnya bagi memastikan pengguna jalan raya mendapat bantuan apabila berdepan masalah kenderaan.

Daripada perjalanan antara destinasi sehinggalah meneroka lokasi pelancongan dan menghadiri acara, akses kepada bantuan tepi jalan yang dipercayai memberikan satu lagi lapisan keyakinan kepada pelancong dan pengguna jalan raya.

Roadside Assistance 24/7 di Selangor dan Seluruh Malaysia

Keupayaan Bateriku dalam menyokong pelancong diperkukuh menerusi ekosistem nasional yang merangkumi lebih 270 Pitstop, lebih 1,000 BHero serta kira-kira 2,000 bengkel dan rakan tunda BBuddy.

Di Selangor, rangkaian Bateriku merangkumi kawasan bandar utama, laluan pelancongan serta pelbagai destinasi popular, sekali gus membantu pengguna jalan raya mendapatkan bantuan apabila diperlukan. Disokong oleh operasi roadside assistance 24/7, ekosistem Bateriku membolehkan pengguna mendapatkan bantuan bagi mengurangkan gangguan sepanjang perjalanan, terutamanya ketika berdepan kecemasan berkaitan kenderaan.

Daripada destinasi popular seperti Batu Caves, Kuala Selangor dan Sekinchan sehinggalah kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya dan Sepang, rangkaian Bateriku membantu memastikan pengguna jalan raya mempunyai akses kepada bantuan di pelbagai lokasi di Selangor.

Pendekatan ini turut menyokong aspirasi Tourism Selangor untuk membangunkan pengalaman pelancongan yang bukan sahaja menarik, tetapi turut mengutamakan aspek keselamatan dan aksesibiliti sepanjang perjalanan.

Daripada Kerjasama Pelancongan kepada Impak Sebenar

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi, pengiktirafan tersebut mencerminkan kepentingan menghubungkan aspek mobiliti dengan pengalaman pelancongan.

“Pelancongan tidak berakhir apabila pengunjung tiba di sesuatu destinasi. Perjalanan antara satu destinasi ke destinasi yang lain juga sama penting, dan akses kepada bantuan tepi jalan yang dipercayai memberikan keyakinan kepada pengguna untuk melancong di sekitar Selangor dan Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap usaha pasukan dan ekosistem kami dalam menjadikan konsep Pelancongan Selamat sebagai sokongan sebenar di jalan raya.”

Bateriku Wins Best Roadside Assistance Partner for Tourism 2026-5.webp

Kerjasama ini menunjukkan bagaimana inisiatif Pelancongan Selamat terus berkembang daripada satu kerjasama strategik kepada penglibatan secara langsung bersama pengguna jalan raya, pelancong dan komuniti.

Selepas sesi penyampaian anugerah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh penyanyi popular Malaysia, Aina Abdul, yang melengkapkan suasana sambutan dan penghargaan pada malam tersebut.

Membina Ekosistem Automotif Bersepadu untuk Pelancongan

Pengiktirafan sebagai Best Roadside Assistance Partner for Tourism menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan ekosistem automotif Bateriku.

Menerusi rangkaian fizikal dan digitalnya, Bateriku menghubungkan pelbagai keupayaan untuk menjadikan akses kepada bantuan dan perkhidmatan automotif lebih mudah, di samping menyokong pengguna sepanjang kitar hayat pemilikan kenderaan. Bagi industri pelancongan, ekosistem ini membuka peluang untuk mengintegrasikan sokongan mobiliti secara lebih langsung dalam pengalaman pelancong.

Bateriku kekal komited untuk bekerjasama dengan Tourism Selangor, agensi kerajaan dan rakan industri bagi memperkukuh inisiatif Pelancongan Selamat serta memastikan pengunjung dapat meneroka Selangor dengan lebih yakin.

Perjalanan bukan sekadar berakhir di destinasi. Ia bermula dengan perjalanan yang selamat.

Menerusi ekosistem automotif yang terus berkembang, Bateriku akan terus berusaha memastikan pengguna jalan raya kekal selamat, bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Bateriku, Bukan Sekadar Bateri.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read