4 Mar 2026

Bateriku Periksa Bateri Percuma untuk Warga AmBank KL

medium_260303-bateirku-pemeriksaan bateri percuma ambank 02.webp

25 Februari 2026, Kuala Lumpur - Bateriku baru-baru ini telah anjurkan satu sesi pemeriksaan kesihatan bateri kenderaan secara percuma untuk kakitangan AmBank di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Selain mengetahui tahap kesihatan bateri, peserta juga berpeluang melakukan penukaran bateri pada harga diskaun.

Ini adalah salah satu usaha sama yang dijalankan Bateriku dengan institusi kewangan dalam memberikan kemudahan kepada pekerja swasta. Selain AmBank, Bateriku juga ada menjalinkan inisiatif sokongan mobiliti hampir serupa dengan entiti seperti CIMB dan RHB.

Fahami Kesihatan Bateri & Bila Perlu Tukar

Sewaktu sesi berjalan, juruteknik Bateriku, (BHero) bukan sahaja melakukan pemeriksaan semata-mata. Mereka juga berkongsikan satu ilmu berharga tentang penjagaan kereta iaitu konsep Tahap Kesihatan Bateri (Battery’s State of Health, SoH).

260303-bateirku-pemeriksaan bateri percuma ambank 04.webp

SoH adalah ukuran yang menunjukkan keadaan bateri semasa berbanding sewaktu dalam keadaan baharu. SoH diukur dalam unit peratus (%) dan bacaannya membawa maksud sejauh mana kemampuan bateri untuk bekalkan kuasa kepada kenderaan. Bacaan 100% bermakna bateri berada dalam keadaan baik dan bacaan yang lebih rendah bermakna kebolehgunaan bateri semakin merudum, seiring dengan usia bateri.

Kebiasaannya, bateri yang ada SoH kurang daripada 60% dianggap gagal dan perlu digantikan secepat mungkin. Ia mungkin masih boleh hidupkan kereta pada waktu itu, tapi untuk sesi yang seterusnya, mungkin tidak. Oleh sebab itu, bertukar kepada bateri baharu adalah langkah yang wajar untuk elakkan sesuatu tak diingini berlaku.

260303-bateirku-pemeriksaan bateri percuma ambank 05.webp

Antara petanda biasa bateri lemah adalah seperti proses hidup kenderaan yang tersekat-sekat, lampu yang malap, lampu amaran di papan pemuka, dan lain-lain. Bagi menjimatkan masa, juruteknik Bateriku boleh mengenalpasti SoH menggunakan peralatan khas dan beroleh bacaan dalam masa beberapa minit sahaja sebelum memberikan apa-apa saranan kepada pemilik kenderaan.

Segmen Mystery Box juga dijalankan sewaktu sesi pemeriksaan. Ada antara peserta yang berjaya beroleh baucar tunai penukaran bateri bernilai RM100.

260303-bateirku-pemeriksaan bateri percuma ambank 01.webp

Bateriku Perluas Usaha Sama Korporat Daam Sokongan Mobiliti

Objektif utama usaha sama Bateri dengan AmBank ini adalah untuk menyediakan sokongan kepada pengguna pada segi mobiliti. Menerusi inisiatif seperti ini, majikan boleh menyediakan kemudahan kepada kakitangan mereka dan secara tak langsung mengurangkan keperluan untuk keluar jauh untuk selesaikan masalah kenderaan mereka.

260303-bateirku-pemeriksaan bateri percuma ambank 03.webp

Lagi memudahkan adalah, sesi pemeriksaan percuma dijalankan pada waktu pejabat dan di perkarangan tempat mereka bekerja, memang menjimatkan masa. Sekiranya perlu, pertukaran bateri boleh dilakukan di lokasi itu sendiri. Perkara ini secara tak langsung mengurangkan risiko kegendalaan tepi dalan dan mejejaskan produktiviti pekerja akibat isu berkaitan mobiliti.

Bateriku boleh menyesuaikan program mengikut keperluan organisasi, sama ada secara one-off ataupun secara berkala, sebagai sebahagian dariapda inisiatif kebajikan kakitangan.

Entiti korporat yang berminat untuk mengerakkan inisiatif yang sama boleh menghubungi Bateriku untuk perbincangan lanjut.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read