2 Feb 2026

Bateriku Perkasa Pekerja Gig Melalui Sokongan Mobiliti

medium_260130-bateriku-bateriku panda fiesta 01.webp

30 Januari 2026, Kuala Lumpur - Bateriku turut memperkukuh komitmen mereka terhadap kecaknaan sosial dengan penyertaan mereka dalam Foodpanda Panda Fiesta 2026 yang berlangsung di Sentul Depot. Dengan kehadiran dianggarkan lebih 1,500 yang merangkumi rider Foodpanda, ahli keluarga, dan rakan niaga, majlis tersebut telah diposisikan sebagai platform untuk menghargai rider sebagai tulang belakang ekonomi “on-demand” Malaysia.

Objektif penyertaan Bateriku adalah jelas iaitu menyediakan sokongan praktikal terhadap pekerja gig dalam landksap ekonomi gig.

Bateriku pastikan pekerja gig sentiasa bergerak

Sebagai rider penghantar, motosikal bukanlah satu kemudahan tetapi alat mencari nafkah. Tiada motosikal, tidaklah bergerak mereka. Bagi memastikan motosikal mereka sentiasa bergerak, Bateriku ingin menjaga salah satu komponen penting di dalamnya iaitu bateri.

260130-bateriku-bateriku panda fiesta 07.webp

Bateriku mempamerkan bateri GGR sebagai solusi untuk motosikal rider Foodpanda yang boleh dipercayai dalam situasi mereka berada di lapangan dalam tempoh yang panjang dan persekitaran yang mencabar.

Bateri motosikal harga diskaun kurangkan kos selenggara

Di sepanjang Panda Fiesta 2026, Bateriku secara aktif mengedarkan sejumlah 1,200 baucar diskaun untuk bantu rider Foodpanda kurangkan kos selenggara motosikal mereka. Pengunjung yang hadir beroleh:

  • 600 unit baucar diskaun RM5 untuk bateri motosikal GGR
  • 600 unit baucar diskaun RM40 untuk bateri kereta Astra

260130-bateriku-bateriku panda fiesta 04.webp

Insentif ini disalurkan secara langsung kepada rider untuk mereka gunakan sewaktu penyelenggaraan motosikal mereka yang seterusnya. Diharapkan dengan inisiatif ini akan diterjemah kepada kestabilan kewangan yang lebih ampuh para rider.

Bateriku turut serta meriahkan hadiah utama Panda Fiesta 2026

Pemenang hadiah utama Panda Fiesta 2026 telah membawa pulang sebuah Proton Saga MC3. Bagi meraikan pemenang, Bateriku juga telah memanjangkan sokongan melalui penajaan pertukaran bateri percuma kenderaan tersebut bila tiba waktunya.

260130-bateriku-bateriku panda fiesta 03.webp

Sumbangan ini lantas mempamerkan komitmen Bateriku sebagai entiti yang memacu landskap mobiliti Malaysia dengan memastikan kereta tersebut dilindungi daripada hari pertama.

Bateriku di belakang kerajaan Malaysia perkasa sektor mobiliti

Menteri Wilayah, YB Hannah Yeoh turut turun padang untuk berikan ucapan serta memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang Panda Fiesta. Dalam ucapan beliau, penghargaan diberikan kepada rider merentasi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan dalam mendukung pertumbuhan ekonomi.

260130-bateriku-bateriku panda fiesta 05.webp

Beliau turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada golongan ini dalam membantu mereka menjalankan tugas seharian seperti menyediakan lokasi rehat kerana ada dalam kalangan mereka yang keluar awal pagi dan pulang lewat malam. Kerajaan juga ingin memanfaatkan rangkaian rider yang meluas untuk jadi instrumen penyampaian maklumat, seperti menyebarluaskan maklumat orang hilang sebagai salah satu komponen search & rescue.

Sekali lagi YB Hannah menekankan yang rider Foodpanda bukan sahaja sekadar penyedia perkhidmatan. Disebabkan rider jugalah penglibatan wanita dalam tenaga kerja menjadi tinggi kerana dibantu pada segi urusan asas penghantaran barangan dapur.

“Penghantar makanan memainkan peranan penting dalam membolehkan penyertaan tenaga kerja, terutamanya golongan wanita yang bekerja dan keluarga, dengan menyokong keperluan harian melalui perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.”

Penyertaan Bateriku dalam Panda Fiesta selari dengan kerajaan Malaysia. Organisasi ini secara terus menerus memperkasa pekerja gig menerus teknologi, infrastruktur, dan inisiatif pacuan komuniti.

260130-bateriku-bateriku panda fiesta 02.webp

Bateriku sebagai pelindung sektor ekonomi gig

Melangkaui Panda Fiesta 2026, Bateriku juga mempunyai ekosistem ekonomi gig mereka. BHero adalah program bantuan tepi jalan yang menyediakan servis tukar bateri dan beberapa perkhidmatan lain yang membantu pemandu kereta dan penunggang motosikal Malaysia di kala kecemasan. Seperti rider Foodpanda, BHero juga beroperasi dalam persekitaran yang memerlukan kepantasan dan tidak boleh direncatkan oleh kegendalaan teknikal.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read