14 Jul 2026

Ribuan belia dekati Bateriku di Festival Belia Pahang 2026

medium_260714-bateriku-festival belia pahang 2026 01.webp

Festival Belia Pahang 2026 telah berlangsung antara 10 hingga 12 Julai 2026. Berbagai-bagai aktiviti sukan, keusahawanan, dan komuniti berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang di Kuantan. Pada majlis tersebut, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah mencemar duli untuk merasmikan kompleks yang telah dinaik taraf ini.

Sepanjang majlis, 50,000 pengunjung telah mewarnai 47 aktiviti yang melibatkan macam-macam tema seperti teknologi AI, dron, esukan, kebudayaan, keusahawanan dan banyak lagi. Banyak juga agensi kerajaan dan swasta yang menyertai untuk tawarkan peluang kepada belia peluang kerjaya dan juga kaunseling kerjaya kepada yang memerlukan.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 05.webp

Bateriku adalah salah satu pempamer yang telah memeriahkan Festival Belia Pahang 2026. Pengunjung berpeluang mengenali lebih rapat jenama bumiputera yang menyediakan perkhidmatan penukaran bateri kereta secara on-demand. “Bukan Sekadar Bateri”, Bateriku juga mengendalikan lebih 250 cawangan di seluruh negara, memberikan bantuan tepi jalan kepada pemandu kereta ang memerlukan.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 04.webp

Di reruai, pengunjung boleh mengenali produk bateri Astra. Bateri keluaran Bateriku sendiri ini menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Produk ini dilindungi Nationwide Warranty Assist yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana lokasi di seluruh Malaysia. Pembeli bateri juga dilindungi.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 06.webp

Mereka beroleh perlindungan GPA Takaful sehingga RM7,000 selama setahun, pertama seumpamanya dalam industri. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 03.webp

Salah satu aktivit yang diadakan di reruai adalah Mystery Box apabila pengunjung berpeluang mendapat baucar pembelian bateri sehingga RM50 ataupun sekurang-kurangnya RM10. Bersempena dengan FIFA Piala Dunia 2026 juga, pengunjung boleh mencuba aktiviti sepakan penalti dan beroleh baucar pembelian bateri.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 07.webp

YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan sempat singgah menyempurnakan beberapa sepakan penalti di reruai Bateriku.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 02.webp

Komitmen kerajaan Pahang dalam pembangunan belia terus diperhebat. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengmumkan peruntukan sebanyak RM3.4 juta untuk program berkaitan belia tahun 2026. Bukan itu sahaja, beliau turut mengumumkan bajet sambutan Festival Belia Pahang 2027 telah dinaikkan kepada RM500,000 berbanding RM400,000 untuk edisi tahun ini.

260714-bateriku-festival belia pahang 2026 09.webp

Bateriku berbangga memainkan peranan apabila menyertai Festival Belia Pahang 2026 untuk membawa dengan lebih dekat produk automotif yang ditawarkan kepada pengunjung. Melalui penglibatan seperti ini, Bateriku berharap dapat terus terlibat dalam aktiviti komuniti dan dalam masa yang sama menguar-uarkan solusi automotif yang ditawarkan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read