Bateriku BP Award adalah majlis anugerah yang menghimpunkan semua usahawan BPreneur dari seluruh Malaysia yang mengendalikan 140 cawangan Bateriku. BPreneur adalah inisiatif perniagaan yang bolehkan usahawan kendalikan perniagaan automotif di atas platform Bateriku dengan sokongan latihan professional, pemasaran efektif, dan rangkaian khidmat pelanggan di seluruh Malaysia. Dalam majlis tersebut, usaha keras mereka diperakui dan ada dalam kalangan mereka menangi pelbagai hadiah dan anugerah. BP Award 2026 menggunakan tema BP Elevate dan telah bertempat di Hotel Saujana Kuala Lumpur.
Menang Bateriku BP Award tidaklah sekadar catatkan jualan terbanyak dan terima pengiktirafan. Disebalik setiap anugerah itu ada cerita ketekalan, kerja keras, dan strategi yang bantu pertumbuhan setiap BP outlet.

Sama seperti pemenang BP Award 2026, kejayaan tidak ditempa semalaman. Ia melibatkan pelbagai faktor seperti pembangunan perhubungan dan pemantapan khidmat pelanggan supaya perkhidmatan terbaik boleh diberi kepada pengguna.
Ini 5 nasihat yang dikongsikan para pemenang BP Award 2026 untuk BPreneur yang ingin menambah baik perniagaan mereka.
1. Jualan bukan segalanya, perhubungan juga penting
Bagi En. Azmil Aziz daripada Norazmil Enterprise yang merangkul Best Workshop Sales (B2W) Award, jalinan perhubungan dengan bengkel adalah kunci utama pertumbuhan BP Kuala Berang miliknya.

Berbanding hadkan perhubungan pada takat peniaga-pelanggan, dia melangkaui perimeter tersebut untuk wujudkan kerjasama menang-menang. Contohnya, apabila En. Azmil melakukan pemeriksaan sebuah kenderaan dan mendapati ia bukan berpunca daripada bateri, dia akan menyarakankan bengkel dalam kalangan kliennya untuk pemilik kenderaan lakukan baik pulih.
“Kita bantu bengkel, kemudian bengkel pula bantu kita. Jadi, hubungan itu jadi win-win.”
Nasihatnya kepada BPreneurs di luar sana adalah untuk fokus mewujudkan kepercayaan klien-klien dan daripada situ, kerjasama yang utuh akan tumbuh secara semula jadi untuk peluang yang lebih besar.
2. Perkhidmatan yang baik tak terhenti selepas menjual bateri
Pemenang Best Warranty Support Award adalah Four Qul Batteries (BP Puncak Alam). Wakilnya, En. Shahrul Nizam percaya yang perkhidmatan selepas jualan adalah saluran terbaik untuk bina kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu jenama.

Apabila mengendalikan kes tuntutan jaminan, pasukannya fokus menyelesaikannya secepat mungkin. Sementara menunggu pihak HQ memberikan maklum balas, mereka terlebih dahulu lakukan pemeriksaan dan cadangkan penyelesaian atas inisiatif sendiri.
Juga disentuh adalah kepentingan komunikasi khusunya apabila pelanggan sedang dirumitkan dengan masalah kereta.
“Dalam kes waranti, follow-up adalah perkara paling penting.”
Untuk BPreneurs, perkhidmatan yang baik tak semestinya kejayaan melengkapkan pesanan, tapi lebih kepada memastikan pelanggan rasa ada sistem sokongan yang cekap walaupun selepas pembelian.
3. Kenali kawasan, pilih saluran pemasaran yang sesuai
BP Ipoh adalah pemenang Best Marketing Award. En. Mohamed Raduan daripada syarikat Bettra Jaya katakan yang tiada strategi pemasaran yang universal untuk digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Jadi, pasukan mereka terlebih dahulu menganalisis demografik sesuatu kawasan sebelum memilih strategi pemasaran.

Contohnya, kawasan luar bandar memerlukan aktiviti bersifat komuniti dan pemasaran secara off-line adalah pilihan terbaik. Oleh sebab itu, banyak aktiviti dilakukan di kawasan surau dan masjid seperti pemberian kupon dan makanan kepada penduduk setempat.
Untuk pelanggan di kawasan bandar, kaedah online pula dikatakan lebih berkesan kerana pengguna lebih mudah mengakses perkhidmatan melalui telefon. Walau bagaimanapun, mereka tetap mengoptimumkan berapakah bajet yang disalurkan untuk pemasaran dalam talian.
“Pemasaran berkesan tidak bergantung kepada jumlah yang dibelanjakan, tapi cara penyasaran untuk sampai kepada pelanggan”
4. Servis melangkaui skop beri pulangan besar
Wakil Alpha Energy Power Resources, En. Suhaimi Asmawi mengatakan yang perkhidmatan tambahan yang ringkas boleh berikan nilai tambah yang besar. Alpha Energy mengendalikan BP Nilai dan memenangi anugerah Best Motorcycle Battery Sales Award.

Atas inisiatif sendiri, mereka bina hubungan dengan rakan penghantar Grab dan berkongsi tentang kelebihan bateri motosikal berjenama GGR dan lebih menarik, walaupun bukan sebahagian daripada skop kerja, mereka turut menawarkan pemasangan bateri percuma kepada pembeli bateri GGR.
Kata En. Suhaimi, “Jangan sekadar hantar bateri. Berikan servis lebih kepada pelanggan.”
Berikan extra mile mungkin boleh tukar klien menjadi pelanggan tetap.
5. Disiplin adalah teras kejayaan
MW Teguh Enterprise milik En. Mohamad Salmi mengendalikan BP Kamunting dan BP Taiping. Dia memenangi beberapa anugerah sekaligus seperti Best Scrap Battery Award, Excellent Payment Award, dan Overall BP Awards Champion.

Pesanan yang ingin En. Salmi kongsikan dengan pengusaha BP yang lain adalah untuk kekal disiplin. Walaupun bunyi klise, tapi itulah teras dan terbukti. Disiplin dalam pengurusan kewangan memastikan syarikatnya sentiasa optimum.
“Ada duit, saya bayar. Saya tak nak ada pending payment.”
TIdak terhad kepada pengurusan syarikat yang cekap, dia juga gagah menanam sikap tanggungjawab dalam kalangan pelanggannya terhadap alam sekitar. Setiap kali berurusan, dia mengingatkan yang bateri automotif mengandungi logam bahaya dan perlu dilupuskan dengan cara yang betul.
Daripada dibuang begitu sahaja, pengguna tahu yang bateri mereka dilupuskan dengan cara berhemah dan dapat baucar RM20 juga apabila menukar bateri.
Mindset yang sama diamalkan pemenang BP Awards
Apabila diamati semua nasihat dan tips yang dikongsikan para pemenang, temanya adalah sama. Mereka amalkan pegangan sepunya iaitu perniagaan yang mampan dibina daripada ketekalan. Sama ada perkhidmatan pelanggan, bina perhubungan, pengurusan kewangan, ataupun pemasaran berkesan, semuanya perlukan masa dan hasilnya dituai dalam jangka masa panjang.
BP Award yang seterusnya akan diadakan dalam tahun 2028.
Buat usahawan yang berminat untuk menyertai rangkaian komprehensif perhidmatan automotif Malaysia daripada Bateriku, boleh daftarkan minat dalam borang yang disediakan.

