Bateriku telah menyumbang tenaga dalam program kitar semula “Anda Kitar, Kami Bayar” (AKKB) anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pyang berlangsung pada 28 Februari 2026 di Dataran MBMB. Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk amalan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat apabila setiap barangan yang dikitar semula boleh ditukar kepada baucar.

Inisiatif Kitar Semula Komuniti
Program AKKB ini adalah salah satu inisiatif kitar semula tahunan MBMB yang disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan rakan industri lain. Program itu mempromosikan amalan pengurusan sisa secara berhemah untuk barangan seperti:
- Kertas dan kadbod
- Botol plasitk
- Minyak masak terpakai
- Sisa elektrik dan elektronik
- Pakaian terpakai
- Lain-lain barang yang boleh dikitar semula

Selain jadi lokasi untuk hantar barangan kitar semula, penganjur juga mengambil peluang untuk mengadakan juga sesi perkongsian dengan orang ramai tentang kepentingan mengasingkan sisa sebelum kitar semula. Dianggarkan kira-kira 300 orang telah berkunjung ke lokasi termasuklah datuk bandar Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman**, serta** para pegawai daripada MBMB.

Bateriku Pemangkin Amalan Kitar Semula Bateri
Bateriku adalah salah seorang rakan program AKKB yang bertanggungjawab menerima sisa bateri kenderaan terpakai melalui sayap Briged Hijau mereka. Bateri kereta terpakai mengandungi plumbum dan perlu dilupuskan secara bertanggungjawab. Jadi, apabila orang awam singgah ke AKKB untuk melupuskan bateri kereta terpakai, Bateriku akan memastikan yang peroses pelupusan memenuhi undang-undang alam sekitar.

Briged Hijau, secara bulanan, mengendalikan sebanyak kira-kira 40,000 unit bateri kereta terpakai iaitu kira-kira 500 tan metrik. Dengan purata hayat bateri kenderaan antara empat hingga enam tahun, dianggarkan yang kira-kira 3.2 juta kenderaan memerlukan penukaran bateri setiap tahun.
Kitar semula bateri bateri kenderaan adalah penting kerana 75% permintaan plumbum dalam negara adalah daripada industri bateri kenderaan dan Malaysia tiada lombong plumbum untuk menghasilkan bateri baharu.

Usaha Kitar Semula Berterusan Dengan Bateriku
Program KKB akan berlangsung sepanjang tahun 2026 dan tarikh untuk sesi yang seterusnya sudahpun ditetapkan. Bolehlah anda rancang aktiviti hujung minggu dengan ahli keluarga bertemakan kitar semula.

Tanda tarikh-tarikh berikut:
- 16 Mei 2026
- 18 Julai 2026 (Dataran Bandaraya MBMB)
- 19 September 2026
- 21 November 2026
Penduduk Melaka yang ingin menyertai bolehlah bawa kertas, kadbod, botol plastik, minyak masak terpakai, bateri terpakai, e-sisa, pakaian lusuh dan lain-lain barang yang boleh dikitar semula untuk ditukarkan kepada baucar tunai.
Melalui kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, dan rakan industri seperti Bateriku, diharapkan AKKB boleh menjadi wadah menyuburkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang kepentingan pengurusan sisa.

